Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Menteri Ehwal Luar Pakistan lawat S'pura

Dec 10, 2022 | 05:30 AM



MENTERI Ehwal Luar Pakistan, Encik Bilawal Bhutto Zardari, yang mengadakan lawatan rasmi pertama ke Singapura, bertemu dengan Presiden Halimah Yacob di Istana, semalam.



Semasa pertemuan mereka itu, kedua-dua pemimpin itu mengesahkan hubungan mesra antara Singapura dengan Pakistan.



Menulis di Facebook semalam, Puan Halimah berkata:



"Kami mengesahkan hubungan persahabatan antara kedua-dua negara kami dan membincangkan bagaimana kedua-dua pihak boleh meningkatkan lagi pendekatan antara perniagaan dan rakyat kita.



"Kami juga meneroka kerjasama dalam bidang termasuk keselamatan makanan, ekonomi digital dan mengadakan perbincangan terus terang mengenai perkembangan rantau."



Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam kenyataannya semalam berkata Encik Zardari juga dihoskan dalam satu jamuan sarapan oleh Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.



Kedua-dua menteri itu telah menyemak pertumbuhan dalam perdagangan antara Pakistan dengan Singapura, dan berharap dapat meningkatkan eksport dalam produk makanan dan pertanian.



"Kedua-dua menteri bersetuju mempertingkat kerjasama dalam bidang termasuk pemudahan perdagangan, ekonomi digital dan kewangan digital, serta memperkukuh pertukaran antara rakyat dan pembangunan keupayaan di bawah Program Kerjasama Singapura," kata MFA, sambil menambah mereka turut membincangkan isu strategik rantau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >