Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOE suntik $64j bagi bantu sekolah perkaya corak pendidikan

Sep 20, 2023 | 06:30 PM



Bagi pelajar Sekolah Menengah Commonwealth, pelajaran ilmu alam tentang lapisan hutan yang berbeza tidak terhad kepada perkataan dan gambar dalam buku teks.

Mereka dapat melangkah keluar daripada bilik darjah dan ‘memasuki’ hutan hujan – bukan terletak beribu kilometer dari sekolah – tetapi di antara koridor sekolah mereka sendiri.

Begitu juga bagi pelajar yang mempelajari mata pelajaran Sains – mereka boleh singgah ke paya yang terletak dalam kawasan sekolah untuk menguji komposisi air atau menanam sayur-sayur sendiri sambil mengujinya dengan persekitaran tumbuhan tersebut untuk melihat kesan perubahan terhadap tanaman berkenaan.

Apakan tidak, di sekolah yang terletak di West Coast Road itu, ‘hutan hujan’ dan ‘paya’ merupakan sebahagian landskap sekolah – ciri yang memberikan peluang kepada pelajar belajar melalui pengalaman – dan tidak terhad pada buku dan papan tulis bilik darjah sahaja.

Pengetua sekolah tersebut, Encik Jeremy Ang, memberitahu Berita Harian: “Mengapa kita melabur dalam hal ini? Kerana kita dapati dengan adanya peluang ini, kita boleh meluaskan pemikiran pelajar.”


Misalnya, selain mempelajari tentang lapisan-lapisan berbeza dalam hutan hujan, mereka juga dapat menilai kepentingan kawasan hijau bagi ruang bandar seperti Singapura.

Menjelang 2024, pelajar Sekolah Menengah Commonwealth akan dapat menikmati persekitaran pembelajaran yang lebih memperkaya.

Ini setelah Kementerian Pendidikan (MOE) mengumumkan ia akan menyuntik $64 juta bagi Geran Kawasan Putih dan Kantin Sekolah bagi sekolah rendah, menengah dan maktab rendah serta Institut Millennia.

Geran tersebut akan membolehkan sekolah menukar dan mengoptimumkan penggunaan ruang fizikal untuk memenuhi keperluan pendidikan yang berkembang.

Sekolah boleh memanfaatkan geran itu untuk mengubah ruang pembelajaran, seperti dengan mewujudkan kebun dalaman, atau mengadakan zon aktiviti untuk membaca dan bermain-main di kantin.

Bermula Januari 2024, MOE juga akan menyediakan dana tambahan bagi sekolah secara progresif mendapatkan perabot dan peralatan baru, seperti perabot mudah alih dan panel paparan LED untuk mempertingkatkan kefungsian ruang pembelajaran demi menyokong pendekatan dan program pembelajaran lebih luas.

“Sekolah kami sedang mempertimbangkan beberapa perkara baru yang dapat meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar...jadi wang yang akan diberikan amat berguna,” kata Encik Ang.

Dalam ucapannya di Seminar Pelan Kerja Sekolah 2023 yang diadakan di Singapore Expo pada Rabu, Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, berkata setiap sekolah akan menerima antara $170,000 dengan $270,000 bagi tujuan ini.

“Sekolah boleh memutuskan bagaimana anda akan mengubah persekitaran menggunakan sumber yang ada, tetapi jangan hanya menghabiskan wang untuk membeli meja dan kerusi baru.

“Gunakan wang itu untuk memangkin idea baru dengan pelajar anda tentang bagaimana kami boleh menambah baik dan mengubah persekitaran pembelajaran,” ujar Encik Chan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >