Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOE umum langkah lengkapi pelajar ‘hadapi dunia tidak menentu’

Chun Sing: Cabarannya ialah persiap pelajar
agar mereka dapat tambah nilai bagi
diri sendiri, negara
dan dunia
Sep 20, 2023 | 05:51 PM



Mengukuhkan kecekapan pelajar serta memanfaatkan teknologi untuk menyesuaikan pengalaman pembelajaran merupakan dua daripada tiga faktor penting dalam mempersiapkan pelajar menghadapi keadaan dunia yang pantas berubah.

Ini selain memperkaya pengalaman pembelajaran pelajar melalui persekitaran sekolah yang lebih baik – sejajar usaha Meningkatkan Kompetensi Abad ke-21 – bagi melengkapkan pelajar dengan nilai dan kecekapan yang diperlukan untuk berkembang maju.

Demikian dinyatakan Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, semasa Seminar Pelan Kerja Sekolah 2023 anjuran Kementerian Pendidikan (MOE) yang diadakan di Singapore Expo pada Rabu.

Encik Chan berkata, pelajar hari ini akan berdepan dengan lebih banyak ketidaktentuan dalam 20, 30 tahun mendatang.

Untuk mempersiapkan mereka mengharungi masa depan, beliau berkata tiga ciri penting itu harus diberi perhatian oleh sekolah agar pelajar dapat dipupuk sebagai penghubung, pencipta dan penyumbang.

“Kita semua tahu bahawa dunia berubah dengan pesat dan ketidaktentuan yang perlu dihadapi pelajar kita adalah jauh lebih besar daripada sebelum ini.

“Jadi cabaran utama kita... ialah untuk membantu pelajar menjadi pencipta agar mereka dapat menambah nilai bagi diri sendiri, negara dan dunia. Dengan itu, kita dapat membezakan diri kita sebagai sebuah negara.

“Kedua, kita tahu dunia semakin berpecah dan orang ramai mempunyai aspirasi dan perspektif yang pelbagai – bagaimana kita boleh menyatukan orang untuk (saling) bekerjasama?

“Ini sebabnya kita mahu pelajar menjadi penghubung yang boleh menyatukan orang-orang daripada latar belakang yang berbeza,” kata Encik Chan semasa bertemu media.

Seminar Pelan Induk Pendidikan Teknologi 2030 bertemakan Mengubah Pendidikan Melalui Teknologi pada Rabu dihadiri lebih 1,600 ketua sekolah dan pendidik, dalam usaha memanfaatkan potensi transformatif teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.


Langkah ini bertujuan meningkatkan pembangunan celik digital pelajar – kemahiran yang diperlukan untuk berkembang maju dalam dunia yang semakin dipacu teknologi.

Ini termasuk meningkatkan kemahiran pengurusan maklumat digital yang akan membolehkan pelajar memahami dengan lebih baik ketepatan, kredibiliti dan kerelevanan maklumat.

Teknologi baru seperti kecerdasan buatan (AI) juga akan digunakan untuk menyesuaikan pembelajaran bagi setiap pelajar dengan lebih banyak ciri AI bakal terdapat dalam Portal Pelajar (SLS).

Pelajar juga akan belajar kelebihan dan batasan AI serta bagaimana untuk menggunakannya secara berkesan bagi pembelajaran dan kerja.

MOE berkata, daya usaha di bawah pelan induk tersebut akan dilaksanakan di sekolah-sekolah secara berperingkat bermula 2024.

Sementara itu, MOE juga akan mewujudkan Pejabat Penglibatan Kerjasama baru yang akan berfungsi sebagai wadah penyelarasan pusat untuk menghubungkan sekolah dengan rakan kongsi industri dan masyarakat.

Ini demi mencipta lebih banyak peluang bagi pelajar dan pendidik untuk belajar sepanjang hayat dan menyedari minat mereka.

MOE berkata, perkongsian yang berterusan antara sekolah, industri dan masyarakat, memainkan peranan penting dalam meluaskan pembangunan profesional pendidik serta pendedahan pelajar kepada kemahiran dan kecekapan yang diperlukan dalam industri dan masyarakat yang berbeza.

“Kelebihan daya saing Singapura mestilah membolehkan kita merapatkan jurang antara amalan industri sempadan.

“Oleh itu, keupayaan kita untuk melahirkan pelajar yang baik dengan pengetahuan yang relevan bukan hanya tentang berapa banyak kita mengajar mereka, tetapi lebih kepada sejauh mana kita mampu mendorong mereka ke sempadan perkembangan baru di peringkat termaju,” ujar Encik Chan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >