Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOH: Dua kes Covid-19 import dikesan di SG sah positif bagi varian Omicron

Dec 03, 2021 | 05:30 AM



DUA kes Covid-19 import disahkan dalam ujian awal positif bagi varian koronavirus baru Omicron semalam, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).



Kededua kes telah diasingkan sebaik-baik sahaja tiba di Singapura kelmarin, dan belum berinteraksi dengan anggota masyarakat.



"Buat masa sekarang belum ada bukti yang menunjukkan sebarang jangkitan daripada kes-kes ini," kata MOH.



Kes pertama ialah seorang Penduduk Tetap (PR) Singapura berumur 44 tahun yang melakukan perjalanan dari Mozambique dan singgah di Johannesburg, Afrika Selatan.



Beliau diuji negatif bagi Covid-19 semasa ujian prakeberangkatan di Mozambique pada 29 November.



Kes kedua ialah seorang wanita Singapura berusia 41 tahun yang melakukan perjalanan dari Afrika Selatan dan singgah di Johannesburg.



Beliau diuji negatif bagi Covid-19 semasa ujian prakeberangkatan di Johannesburg pada 29 Nov.



MOH mengatakan kededua kes sedang beransur pulih dalam wad pengasingan di Pusat Nasional Bagi Penyakit Berjangkit (NCID).



Mereka telah menerima vaksin dan sekarang mengalami simptom ringan, termasuk batuk dan sakit tekak.



Kededua kes itu tiba dari Johannesburg, menaiki pesawat Singapore Airlines (SIA) kelmarin.



Mereka telah menjalani ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) sebaik-baik sahaja tiba di sini, dan terus dihantar ke kemudahan khusus untuk menjalani notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sementara menunggu hasil ujian mereka.



Sebaik-baik sahaja jangkitan Covid-19 disahkan, mereka dihantar terus ke NCID.



Sementara itu, pekerja barisan hadapan di lapangan terbang atau di sempadan Singapura yang mungkin bertemu orang yang datang dari negara terjejas oleh varian Omicron perlu menjalani ujian PCR setiap minggu, untuk menggantikan ujian pantas antigen (ART) mulai, semalam.



Kru penerbangan dari negara-negara ini pula perlu menjalani tiga ujian PCR selepas tiba di Singapura.



Ini terdiri daripada ujian yang dijalankan sebaik-baik sahaja tiba di Singapura, ujian yang menyusuli pada hari ketiga, dan satu lagi ujian PCR pada hari ketujuh.



Menurut MOH Selasa lalu, ujian PCR akan memudahkan pengesanan varian Omicron, yang telah tersebar luas.



Kakitangan lapangan terbang dan barisan hadapan lain akan terus menjalani ujian ART.



Semua kakitangan, termasuk mereka yang telah pulih daripada jangkitan Covid-19, perlu menjalani rejim ujian biasa.



"Sebagai langkah berjaga-jaga tambahan, individu yang mempunyai hasil ujian ART positif perlu menjalani ujian PCR untuk mengesahkannya.



"Ini akan membantu kami mengesan kes jangkitan baru varian Omicron di sempadan kita dengan pantas," kata MOH.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >