Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MSF raikan ulang tahun ke-65 usaha titipan S'pura

Nov 22, 2021 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) telah meraikan ulang tahun ke-65 dalam usaha membesarkan anak titipan di negara ini.



Titipan juga mempunyai sejarah yang kaya di Singapura dan telah menjadi penting dalam menawarkan jagaan bagi kanak-kanak yang memerlukan kediaman yang selamat dan stabil, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Semasa acara Sambutan Ulang Tahun Titipan yang ke-65 dan Majlis Penganugerahan bagi Kanak-Kanak dan Belia Titipan 2021 yang diadakan dalam talian kelmarin, Encik Masagos juga berkata pencapaian kanak-kanak dan belia titipan telah diraikan.



"Tahniah kepada kesemua 20 antara yang menerima anugerah atas pencapaian mereka di peringkat sekolah, sukan dan kesenian, pembangunan karakter dan pencapaian cemerlang secara menyeluruh," tulis Encik Masagos di Facebooknya semalam.



Beliau menukil bagaimana seorang budak lelaki yang hanya dikenali sebagai John, 11 tahun, dan merupakan seorang pelajar autistik, telah memenangi banyak anugerah bagi sekolah di pertandingan Matematik dan Sains di peringkat nasional



Keluarga titipannya telah menjadi sokongan kukuh baginya dalam membentuk dan menggalak minatnya selain melakukan yang terbaik dalam pelajaran.



Di samping itu, Encik Masagos berkata MSF telah melancarkan sebuah buku panduan baru bagi kanak-kanak titipan untuk membantu mereka memahami dengan lebih baik tentang perjalanan titipan mereka.



Buku itu mengandungi maklumat tentang jagaan titipan, aktiviti yang boleh dilakukan anak-anak titipan dengan keluarga titipan mereka, selain ungkapan dan kata-kata semangat daripada kanak-kanak titipan yang lebih dewasa.



"Kami berharap sumber-sumber ini akan dapat menyokong anak-anak titipan kita dengan lebih baik lagi," kata Encik Masagos lagi.



Buku panduan itu juga mempunyai dua versi berbeza bergantung pada kumpulan usia mereka - bagi mereka yang berusia 12 tahun ke bawah dan satu lagi ialah bagi mereka yang berusia 13 tahun ke atas.



Beliau juga mengiktiraf keluarga titipan dan rakan kongsi atas peranan penting mereka dalam kehidupan anak-anak titipan dengan menawarkan sekitaran yang selamat bagi mereka.



"Kami menghargai komitmen anda memastikan anak-anak membesar dengan sihat, mempunyai pembangunan yang baik selain memenuhi potensi mereka," katanya lagi.



Beliau turut menggesa warga Singapura agar terus menjaga satu sama lain sedang negara membina masyarakat yang lebih penyayang dan berdaya tahan.



Mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang titipan boleh ke laman www.msf.gov.sg/fostering atau hubungi 1800-111-2222.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >