Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PANDANGAN

Mujur ada sokongan bagi keluarga susah dapat komputer untuk anak belajar 'online'

Dec 19, 2021 | 05:30 AM



PENULARAN Covid-19 mula muncul pada penghujung tahun 2019 apabila saya dan keluarga baru sahaja pulang dari bercuti di Korea Selatan.



Tidak disangka, itulah titik permulaan bagi perubahan besar dalam kehidupan kami sehingga ke hari ini.



Sebagai seorang ibu kepada dua anak lelaki berumur dua dan enam tahun yang bekerja sepenuh masa, tempoh pemutus rantaian jangkitan, dan setiap fasa pembukaan dan sekatan serta langkah-langkah pengurusan selamat membawa cabaran baru.



Pada mulanya, setiap kali pasukan bertindak berbilang kementerian (MTF) bagi Covid-19 membuat pengumuman sekatan baru, saya antara mereka yang mengeluh dan merungut panjang.



Ini kerana, mengharungi cabaran-cabaran dek penutupan dan pembukaan memerlukan pertimbangan yang agak rumit di antara tanggungjawab pekerjaan dan tanggungjawab sebagai ibu, terutama sekali semasa anak-anak perlu melakukan pembelajaran dari rumah (HBL).



Perancangan yang teliti dan kadangkalanya kreatif diperlukan untuk menghadapi cabaran menyesuaikan diri pada norma baru apabila saya dan suami bekerja di rumah dan secara serentak, anak sulung kami perlu menjalani pembelajaran dalam talian dan anak bongsu pula perlukan perhatian.



Bagi anak sulung saya yang tidak mempunyai komputer riba, agak sukar juga untuk beliau melakukan pembelajaran dalam talian semasa HBL termasuk kelas tae kwan do dan piano melalui iPad atau telefon pintar.



Apabila bilangan kes Covid-19 meningkat dan varian Delta dan Omicron muncul, perasaan risau juga bertambah kerana anak-anak tidak boleh divaksin dan berdepan risiko dijangkiti Covid-19.



Kami cuba elak ke pusat beli-belah dan lebih bergantung pada khidmat penghantaran untuk keperluan kami.



Kami mencari cara kreatif untuk mengisi masa kanak-kanak dengan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di rumah atau kemudahan-kemudahan berhampiran rumah kami.



Saya dan suami juga mendaftarkan anak-anak bagi kegiatan seperti papan laju dan bola lantai yang tersedia di aplikasi Healthy 365 secara percuma dan juga kelas sukan seperti tenis dan bola sepak yang dianjurkan oleh ActiveSG untuk kanak-kanak.



Meskipun hidup di tengah-tengah pandemik, saya berterima kasih dan bila saya melihat anak-anak saya, timbul juga perasaan 'alangkah beruntungya mereka'.



Ini kerana, meskipun mencabar, saya dan suami mempunyai kemampuan untuk memastikan kehidupan mereka tidak terlalu terganggu - sama ada dari segi pendidikan mahupun kegiatan riadah serta pengayaan.



Keadaannya tidak begitu bagi banyak lagi keluarga di luar sana. Keluarga yang kurang mampu, keluarga yang tiba-tiba mendapati keadaan kewangan mereka berubah dek kesan pandemik kepada ekonomi atau atas lain-lain sebab lagi.



Mujur dari sudut pendidikan, kanak-kanak dari keluarga sedemikian banyak menerima sokongan.



Semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan, Kementerian Pendidikan (MOE) telah meminjamkan 20,000 peranti, seperti komputer riba atau tablet, dan lebih daripada 1,000 penghala mudah alih (dongle) Internet.



Selain pemerintah, sokongan juga diterima daripada sektor swasta dan kumpulan-kumpulan tidak mencari untung.



Hampir 3,000 komputer riba diedarkan oleh UOB kepada kanak-kanak dari keluarga kurang berkemampuan hingga peringkat universiti, sebahagian daripada program UOB My Digital Space bank tersebut sementara itu sekitar 2,500 komputer riba.



Walaupun terdapat pelbagai usaha untuk menyediakan peranti digital yang didermakan dan dipinjamkan kepada mereka yang kurang kemampuan, tetap juga ada yang masih dalam kekurangan.



Dalam kajian tinjauan profil keluarga berpendapatan rendah dari September hingga Disember tahun lepas, Pusat Khidmat Keluarga Masyarakat South Central mendapati daripada 573 rumah yang mempunyai anak berumur 18 tahun ke bawah, 21 peratus tidak mempunyai kemudahan Internet di rumah.



Sebanyak 39 peratus tidak mempunyai komputer atau tablet kerana komputer yang dipinjamkan telah dipulangkan dan beberapa komputer yang didermakan pula sudah rosak.



Oleh itu MOE telah mengambil langkah yang amat dialu-alukan untuk melengkapkan semua pelajar sekolah menengah memiliki peranti pembelajaran peribadi (PLD) sendiri pada akhir tahun ini, di bawah Program Celik Digital Nasional (NDLP), tujuh tahun lebih awal daripada sasaran asal.



Justeru, saya sudah mula belajar untuk tidak lagi mengeluh, tapi sebaliknya mensyukuri setiap kelebihan yang saya dan anak-anak nikmati.




... "meskipun mencabar, saya dan suami mempunyai kemampuan untuk memastikan kehidupan anak-anak tidak terlalu terganggu - sama ada dari segi pendidikan mahupun kegiatan riadah serta pengayaan.

Keadaannya tidak begitu bagi banyak lagi keluarga di luar sana. Keluarga yang kurang mampu, keluarga yang tiba-tiba mendapati keadaan kewangan mereka berubah dek kesan pandemik kepada ekonomi atau atas lain-lain sebab lagi.

Mujur dari sudut pendidikan, kanak-kanak dari keluarga sedemikian banyak menerima sokongan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >