Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muslim SG diharap timba pengajaran dari Covid-19

May 03, 2022 | 05:30 AM



MASYARAKAT Islam di Singapura diharap telah menimba pengajaran penting daripada pengalaman Covid-19 agar lebih teguh di akhir pandemik nanti di samping meneruskan amalan terbaik untuk menjaga keselamatan diri.



Ini dalam mereka menyambut Syawal yang istimewa tahun ini selepas lebih banyak pelonggaran sekatan Covid-19, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Dalam ucapan Hari Raya Aidilfitri kepada masyarakat Islam Singapura, Encik Masagos yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, berkata berkat disiplin, daya ketahanan dan kerjasama yang membantu melindungi nyawa ramai warga, masyarakat Islam dapat meraikan Hari Raya tahun ini dengan lebih meriah.



"Oleh itu, marilah kita mengambil kesempatan ini untuk bersyukur atas nikmatNya dan pencapaian kita bersama dalam usaha menangani Covid-19 sepanjang dua tahun yang lalu.



"Kini, lebih banyak sekatan Covid-19 telah pun dilonggarkan, sekali gus membolehkan kita meraikan Hari Raya dalam suasana yang lebih meriah.



"Ini hanya dapat dicapai berkat disiplin, daya tahan, pengorbanan dan kerjasama kita semua yang telah membantu melindungi nyawa ramai penduduk Singapura, termasuk orang-orang yang kita kasihi," kata Encik Masagos.



Pada masa sama, beliau berharap masyarakat Islam setempat telah memperolehi pengajaran daripada pandemik ini.



"Saya harap kita juga dapat meraih pengajaran penting daripada pengalaman Covid-19 ini agar kita lebih teguh selesai pandemik nanti."



Encik Masagos turut menggesa masyarakat agar mengamalkan tabiat yang baik dalam menjaga kesihatan dan keselamatan masing-masing.



"Ayuh, sama-sama kita teruskan amalan-amalan terbaik seperti mengambil langkah menjaga kesihatan atas maklumat yang tepat seperti mengasingkan diri di rumah jika mengalami demam selesema.



"Begitu juga kita berdisplin berwuduk di rumah sebelum ke masjid dan beribadah di masjid dengan teratur.



"Inilah cara kita dapat terus Menyuburkan Salam dan Menyebarkan Rahmah sesama insan. Semoga Raya kali ini lebih ceria, meriah, selamat dan menjadi Hari Raya yang istimewa yang selalu dikenang," ujar beliau.



Mengimbas semula Ramadan yang baru berlalu, Encik Masagos berkata bahawa ia merupakan Ramadan yang memang istimewa sekali, penuh optimis dan harapan.



Ini kerana dengan pelonggaran langkah-langkah pengurusan selamat, masjid-masjid dapat dibuka sepenuhnya kepada lebih ramai jemaah untuk solat Jumaat dan terawih di samping dapat mengadakan lebih banyak kegiatan keagamaan seperti tilawah Al-Quran, qiyamullail, dan kuliah agama.



"Saya juga gembira kerana kita dapat berbuka puasa bersama keluarga besar masing-masing dan mengeratkan lagi silaturahim.



"Pada masa yang sama, saya pasti masyarakat berasa teruja dengan kembalinya bazar-bazar Ramadan yang menghidupkan nostalgia dan suasana riang bagi masyarakat," tambahnya.




"Kini, lebih banyak sekatan Covid-19 telah pun dilonggarkan, sekali gus membolehkan kita meraikan Hari Raya dalam suasana yang lebih meriah.



Ini hanya dapat dicapai berkat disiplin, daya tahan, pengorbanan dan kerjasama kita semua yang telah membantu melindungi nyawa ramai penduduk Singapura, termasuk orang-orang yang kita kasihi."
- Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >