Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muslim S’pura harus terus berprinsip dan tenang hadapi isu Israel-Palestin: Masagos

Oct 20, 2023 | 09:30 PM



Masyarakat Muslim Singapura harus terus bersikap secara berprinsip dalam menghadapi isu Israel-Palestin, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Ketika bertemu dengan media di akhir lawatannya ke Arab Saudi, beliau berkata masyarakat Muslim di sini rata-ratanya tenang dan berprinsip dalam menghadapi aksi keganasan oleh mereka yang memegang fahaman ekstrem.







Encik Masagos merupakan sebahagian delegasi Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, yang telah mengadakan lawatan rasmi ke negara Teluk itu dari Selasa hingga Jumaat.

“Saya fikir dalam hal ini apabila keganasan dilakukan oleh pihak seperti Hamas pun, masyarakat Melayu/Islam tahu bahawa inilah keganasan yang tak boleh diterima.

“Tapi kita tahu bahawa rakyat Palestin telah lama menjalani hidup yang merana kerana tinggal di kawasan yang dikuasai oleh pihak Israel.

“Ini adalah satu masalah yang susah dituntaskan dengan baik kerana kedua-dua pihak perlu memahami satu sama lain dan, setelah berdekad-dekad, belum kelihatan adanya penyelesaian yang mendatangkan kedamaian,” ujarnya.

Namun, Encik Masagos berkata beliau gembira kerana walaupun selama ini rasa resah itu wujud, masyarakat di sini tidak meluahkannya secara kasar dan tidak melakukan aksi keganasan mahupun berperang di Palestin, seperti di negara lain.

Beliau turut menarik perhatian huraian dua negara, dengan rakyat Israel dan Palestin hidup bersama seperti masyarakat Singapura yang majmuk dan saling menghormati, yang diharap dapat diwujudkan dan diterima kedua-dua pihak.

“Ini adalah satu usaha yang di mana saja di dunia, kalau kita dapat menghadapinya dengan tenang, walaupun ada perbezaan, insya-Allah akan mengecapi keharmonian dan kemanisan hidup bersama,” kata Encik Masagos.

Namun, beliau menarik perhatian bahawa serangan oleh Hamas terhadap tentera Israel pada 7 Oktober lalu akan mendatangkan kesan yang berat kepada rakyat Palestin dan Israel yang tidak bersalah.

Oleh itu, beliau berharap masyarakat akan terus tenang dan menghadapinya secara berprinsip sedang mereka juga rasa gelisah dan prihatin tentang mangsa yang tidak bersalah.

Encik Masagos turut menarik perhatian usaha kutipan dana Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) yang telah mengumpulkan lebih $500,000 pada hari pertama pengumpulan dana untuk bantuan kemanusiaan bagi masyarakat terjejas akibat konflik di Gaza.

Ini termasuk sumbangan sumbangan cek daripada Sheng Siong berjumlah $200,000, yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sheng Siong Group Ltd, Encik Lim Hock Chee, kepada CEO RLAF, Encik Muhammad Faizal Othman, di Masjid Yusof Ishak, pada Khamis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >