Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NCMP gesa pemerintah 'set semula', semak dasar perumahan awam S'pura

Feb 07, 2023 | 05:30 AM



PARTI Kemajuan Singapura (PSP) percaya bahawa dasar perumahan awam Singapura "perlu diset semula", kata Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Encik Leong Mun Wai.



Beliau menggesa pihak pemerintah untuk menyemak dasar-dasar perumahan awam secara proaktif dan memberitahu rakyat Singapura apakah tindakan pembetulan yang akan diambil untuk menyelesaikan masalah perumahan.



Mengemukakan usul berhubung dasar perumahan awam, Encik Leong dan seorang lagi NCMP PSP, Cik Hazel Poa, mengusulkan skim-skim bagi menawarkan flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang dimampui dan boleh diperoleh, melindungi simpanan bagi persaraan dan memastikan perumahan awam kekal inklusif kepada warga Singapura daripada semua generasi.



Encik Leong mengusulkan dua skim yang beliau percayai akan membantu warga muda untuk mampu dan peroleh flat HDB serta melindungi simpanan bagi persaraan.



Skim pertama yang diusulkan ialah Skim Mampu Memiliki Rumah di mana rakyat Singapura membeli flat baru pada harga pengguna, yang sama dengan kos pembinaan serta premium nosional lokasi.



Menurut Encik Leong, perumahan awam yang diduduki pemilik adalah "kebaikan awam" dan harus dianggap sebagai satu bentuk infrastruktur awam yang penting seperti sekolah dan hospital, di mana kos tanah tidak dikenakan.



"Oleh itu, selagi rakyat Singapura memajak flat HDB untuk diduduki pemilik, mereka tidak perlu membayar kos tanah.



"Mereka hanya perlu membayar kos tanah apabila mereka menggunakan flat HDB untuk menjadikan pelaburan dan menjualnya untuk keuntungan," kata beliau.



Encik Leong menambah bahawa skim seperti itu menjaga keperluan rakyat Singapura tanpa mencederakan rizab dengan terlalu banyak.



"HDB akan kembali kepada matlamat utama iaitu menyediakan rumah yang mampu dimiliki rakyat Singapura manakala Tabung Simpanan Pekerja (CPF) akan kembali kepada matlamat utamanya iaitu menyediakan simpanan untuk persaraan," kata beliau.



Usulan kedua yang diusul oleh Encik Leong ialah Skim Apartmen Millennia, di mana bekalan utama unit sedemikian datang dari lokasi utama berdekatan kawasan perniagaan.



Beliau mencadangkan menyimpan sebahagian besar daripada mereka untuk sewa supaya pelbagai rakyat Singapura boleh mengakses flat sedemikian.



"Flat sedemikian akan menjadi unit yang kecil tetapi lebih bermutu, dengan pajakan yang dimampui selama dua hingga lima tahun bagi keluarga yang lebih muda atau kumpulan orang bujang," kata beliau yang turut menggesa pihak pemerintah untuk melaksanakan "set semula" itu dengan pantas agar dapat menyampaikan "hadiah Hari Valentine terbaik" bagi flat HDB yang berpatutan dan boleh diperolehi.



Cik Poa pula menggesa pihak pemerintah untuk meningkatkan bekalan flat HDB baru agar masa menantikan flat BTO dipendekkan.



Beliau menyatakan bahawa meningkatkan bekalan flat HDB boleh menangani kadar Kadar Kesuburan Keseluruhan (TFR) Singapura kerana pasangan muda seringkali menangguhkan perkahwinan mereka dan mempunyai anak kerana masa menunggu yang panjang untuk memiliki flat HDB.




“Saya akur bahawa orang muda  bimbang kerana masa penantian  telah meningkat lebih lama  daripada yang dijangkakan untuk  flat mereka, dan dengan harga  sewa yang begitu mahal, kesakitan  penantian itu amat nyata. Sukar,  tetapi berguna, untuk kita  membezakan masalah kelewatan  mendapatkan flat dengan masalah kemampuan.”



– Anggota Parlimen SMC Bukit Batok, Encik Murali Pillai.



“Usaha meningkatkan bekalan flat HDB boleh tangani kadar Kadar Kesuburan Keseluruhan (TFR) Singapura kerana pasangan muda seringkali menangguhkan perkahwinan mereka dan mempunyai anak kerana masa menunggu yang panjang untuk memiliki flat HDB.”



– Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Cik Hazel Poa.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >