Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nilai RM turun: Pengurup jangka permintaan terus naik

May 21, 2022 | 05:30 AM



STOK ringgit Malaysia habis di kebanyakan pengurup semalam setelah nilai ringgit terus mencecah RM3.15 ($0.99) berbanding sedolar Singapura, lebih rendah daripada RM3.10 yang dicatatkan minggu lalu.



Tinjaun Berita Harian menunjukkan ramai pelanggan beratur di kaunter-kaunter pengurup - ramai yang mahu mendapatkan ringgit sepanjang minggu ini.



Ada pelanggan yang kecewa kerana gagal mendapatkan matawang itu.



Seorang pelanggan yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Kamariah, 45 tahun, berkata beliau sudah berputus asa setelah dua kali tidak dapat menukarkan wangnya kepada ringgit Malaysia kerana mempunyai pelan untuk ke Johor hujung minggu ini.



"Saya bekerja sepenuh masa dan kedua-dua kalinya saya ingin menukarkan wang selepas bekerja pada 6 petang di pengurup wang berdekatan dengan rumah saya, saya dapati stok ringgit Malaysia sudah kehabisan," katanya yang akan mencuba untuk menukarkan wang di pengurup di Johor pula.



Beberapa pengurup yang ditemui Berita Harian, berkata mereka menjangkakan lebih banyak permintaan untuk menukar ringgit Malaysia pada minggu hadapan kerana nilai ringgit yang semakin turun.



Ini lebih-lebih lagi ramai yang sudah merancang mahu melancong ke negara jiran semasa cuti sekolah penggal pertengahan yang bermula 28 Mei ini.



Beberapa pengurup berkata mereka kehabisan stok ringgit Malaysia mereka dalam masa beberapa jam sahaja sehari.



Menurut Encik Mohamed Rafeeq Mohamed Yusoof, 57 tahun, permintaan untuk menukar wang ringgit Malaysia 10 peratus meningkat sejak satu hingga dua minggu lalu.



Dari 9.30 pagi hingga 11.30 pagi semalam, terdapat barisan panjang di luar premis Clifford Gems & Money Exchange yang terletak di besmen dua Pusat Beli-Belah Raffles City sebelum stok ringgit Malaysia habis.



Kebanyakan yang datang mahu menukar dolar Singapura ke ringgit Malaysia, kata Encik Mohamed Rafeeq.



"Permintaan untuk ringgit Malaysia telah meningkat berbanding tempoh prapandemik kerana harga pertukaran yang baik dan secara purata 500 orang menukar antara $100 dan $1,000 dolar Singapura kepada ringgit Malaysia dan hanya sedikit yang menukarkan lebih daripada $5,000 dolar Singapura," kata beliau yang telah meningkatkan stok ringgit Malaysia sebanyak 20 peratus kerana menjakakan lebih ramai orang yang akan menukarkan ringgit Malaysia semalam dan di hujung minggu ini.



Dengan sempadan antarabangsa telah dibuka, perniagaan pengurup di sini mula menyaksikan peningkatan yang menggalakkan dalam jumlah pelanggan yang menukar wang sejak bulan lalu.



Menurut Encik Mohamed Rafeek Habib Rahiman, pemilik Rahiman Trading, beliau secara keseluruhan kehabisan stok $200,000 ringgit Malaysia hampir setiap hari dalam masa beberapa jam sejak sebelum hari raya bermula.



"Pembukaan sempadan antarabangsa telah mendorong permintaan bagi wang asing terutama sekali ringgit Malaysia yang kini semakin popular sejajar dengan pembukaan sempadan.



Kini, permintaan bagi wang ringgit sudah mencecah tahap yang sama dengan tahun-tahun prapandemik," kata beliau yang mengatakan bahawa mata wang asing lain yang popular termasuk euro, dolar Australia dan paun Britain, sejajar dengan ramai warga tempatan yang melancong ke luar negara.



Pengurup yang ditemui akui kini dapat menarik nafas lega dengan perniagaan mereka yang semakin pulih setelah melalui tempoh yang sukar semasa pandemik.



Menurut mereka, secara keseluruhan, para pelanggan menukar sebanyak $100,000 hingga $150,000 ke ringgit Malaysia setiap hari.



Ini berbanding $10,000 hingga $20,000 setiap hari pada Januari dan Februari lalu.



Bagaimanapun permintaan yang tinggi tetap memberi kesulitan kepada pengurup.



Encik Najim Najmudeen dari Yakadir Pte Ltd yang terletak di tingkat satu Parkway Parada, misalnya menghadapi masalah mendapatkan bekalan ringgit yang mencukupi.



"Keadaan semakin pulih namun bekalan ringgit Malaysia tidak mencukupi dan terhad... saya tidak dapat mengambil peluang untuk memenuhi permintaan ringgit yang semakin meningkat," kata beliau yang hanya mendapat stok sekitar RM$10,000 hingga RM$30,000 setiap hari dan biasanya kehabisan selepas kira-kira 10 pelanggan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >