Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NTUC FairPrice mohon maaf atas salah label produk ayam halal

Aug 14, 2021 | 02:51 PM



 





NTUC FairPrice telah meminta maaf tentang produk ayam halal yang salah dilabel sebagai daging khinzir selepas satu catatan mengenai hal itu timbul dalam satu kumpulan Facebook. 



 



Ia berkata dalam tentang satu catatan di Facebook pada Jumaat (13 Ogos)  bahawa ia memandang serius hal ini dan  menjelaskan proses tambahan telah dilakukan untuk mengelak perkara ini daripada berulang. 



 



NTUC FairPrice juga mengingatkan masyarakat supaya menghubungi kakitangan pasar raya itu dengan segera  jika kesalahan seperti itu berlaku lagi, agar dapat melakukan pembetulan dengan segera. 



 



Dalam pos yang berasingan, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis)  berkata ia telah maklum tentang insiden salah label itu. 



 



“(Insiden) ini adalah peringatan yang baik bagi pengguna Muslim untuk sentiasa memeriksa label produk sebelum membeli,” kata Muis 



 



Muis menasihatkan masyarakat agar segera menghubungi pegawai pasar raya sekiranya terjadi insiden serupa. 



 



“Marilah kita sama-sama menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan tidak menimbulkan sebarang rasa panik ataupun perselisihan faham,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >