Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NTUC, Marina Bay Sands ambil langkah tingkat kemahiran digital pekerja

Oct 12, 2022 | 05:30 AM



PERGERAKAN buruh dan Marina Bay Sands telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) untuk membantu pekerja mempertingkatkan kemahiran digital bagi mengendalikan teknologi baru yang akan dilaksanakan di tempat kerja.



Jawatankuasa Latihan Syarikat (CTC) akan ditubuhkan di bawah MOU yang ditandatangani Kesatuan Tarikan, Resort dan Hiburan (AREU) yang merupakan cabang Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dengan Marina Bay Sands.



CTC itu dijangka memanfaatkan lebih 10,000 pekerja Marina Bay Sands.



Mengulas mengenai CTC, Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng berkata syarikat-syarikat tidak akan dapat meraih faedah sepenuhnya daripada transformasi jika tenaga kerjanya tidak dapat menyokong perubahan itu.



"Adalah penting bagi syarikat melabur dalam latihan tenaga kerja kerana ia melabur dalam teknologi. Kami kini telah membentuk lebih 1,000 CTC dan menyasarkan untuk membentuk 2,500 CTC menjelang 2025," jelasnya lagi.



Penandatanganan MOU itu menandakan satu kejayaan dalam perkongsian sedia ada antara AREU dan Marina Bay Sands yang telah dibentuk pada 2013 untuk membina hubungan pengurusan buruh yang membina dan menggalakkan kebajikan pekerja.



Pembentukan CTC adalah langkah positif ke arah memperdalam perkongsian ini dengan menyediakan wadah kerjasama untuk kedua-dua pihak bertukar-tukar amalan terbaik dan memanfaatkan sumber latihan kepada tenaga kerja Pusat Peranginan Bersepadu (IR) masa hadapan.



Encik Paul Town, Ketua Pegawai Operasi Marina Bay Sands, berkata:



"Penandatanganan MOU hari ini membentuk langkah pertama ke arah mengenal pasti bidang untuk melengkapkan tenaga kerja kami yang pelbagai dengan kemahiran teknologi yang diperlukan untuk mengemudi reka bentuk semula kerja dan transformasi industri dalam dunia gangguan digital."



Komitmen ini turut dikongsi Encik Hassan Abdullah, Presiden AREU.



"Ketika perniagaan berubah untuk memenuhi keperluan pasaran yang berubah, dengan teknologi memainkan peranan penting dalam proses ini, AREU komited untuk membantu pekerja kami memperoleh set kemahiran boleh pindah dan maju ke depan.



"AREU akan memanfaatkan rangkaian sumber kami untuk meningkatkan kualiti kerja, tempat kerja dan tenaga kerja sektor tersebut, serta terus menjaga kebajikan pekerja kami."



Antara lain CTC akan membina usaha berterusan Marina Bay Sands untuk meningkatkan kemahiran pekerjanya merentas fungsi dan pangkat.



Kemahiran ini akan membolehkan pekerja menyesuaikan diri dengan pantas apabila IR memperkenalkan teknologi baru untuk meningkatkan tahap perkhidmatan merentas rangkaian luas perniagaannya yang merangkumi hotel, perniagaan runcit, makanan dan minuman, hiburan dan tarikan, permainan serta MICE (Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >