Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pakej bantuan $1.5b bantu warga tangani inflasi, kos sara hidup

DPM Wong umum langkah bantuan termasuk ambil kira golongan berpendapatan rendah, pesara yang tiada pendapatan tetap serta segmen berpendapatan pertengahan
Oct 15, 2022 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan menyediakan pakej bantuan $1.5 bilion baru untuk membantu isi rumah rakyat Singapura menangani inflasi dan kos sara hidup yang meningkat, dengan lebih banyak bantuan disediakan untuk golongan berpendapatan rendah hingga pertengahan, umum Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, semalam.



Ini termasuk Bayaran Khas Kos Sara Hidup sehingga $500 tunai untuk 2.5 juta rakyat Singapura dewasa layak yang akan diagihkan Disember ini.



Mereka akan mendapat bayaran itu bersama dengan bayaran tunai Pakej Jaminan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang diumumkan semasa Belanjawan 2022 bagi mengimbangi kesan kenaikan GST dari 7 peratus kepada 8 peratus pada 1 Januari tahun depan.



Setiap isi rumah rakyat Singapura juga akan menerima tambahan Baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) $100 pada Januari depan.



Ini bermakna isi rumah akan menerima Baucar CDC $300 secara keseluruhan, yang termasuk baucar $200 di bawah Pakej Jaminan bagi GST yang diumum semasa Belanjawan 2022.



Encik Wong berkata pemerintah telah mereka bentuk pakej bantuan itu dengan mengambil kira golongan rakyat Singapura berpendapatan rendah yang akan menghadapi cabaran menangani kos lebih tinggi dan pesara yang tiada pendapatan daripada pekerjaan.



Namun, langkah-langkah dalam pakej itu juga akan membantu segmen berpendapatan pertengahan, dan menyediakan beberapa bantuan untuk semua rakyat Singapura.



"Secara purata, seluruh langkah-langkah sokongan pemerintah yang dilancarkan tahun ini akan mengimbangi sepenuhnya kenaikan dalam perbelanjaan didorong inflasi bagi isi rumah berpendapatan rendah dan pesara.



"Bagi isi rumah berpendapatan pertengahan, secara purata, sokongan pemerintah yang disediakan akan mengimbangi lebih separuh daripada kenaikan kos sara hidup yang didorong inflasi tahun ini.



"Namun, dengan gaji lebih tinggi yang mereka boleh jangkakan tahun ini dan sokongan pemerintah, kebanyakan isi rumah berpendapatan pertengahan akan dapat menampung peningkatan perbelanjaan yang didorong inflasi tahun ini," kata beliau, yang juga Menteri Kewangan.



Di bawah pakej itu, pemerintah juga akan memperuntukkan sekitar $200 juta untuk menampung kenaikan tambang 10.6 mata peratusan yang akan dibawa ke latihan semakan tambang masa depan.



Sebanyak 600,000 Baucar Pengangkutan Awam (PTV) juga akan disediakan buat isi rumah penduduk dengan pendapatan isi rumah bulanan bagi setiap orang tidak melebihi $1,600.



Setiap baucar itu bernilai $30 dan boleh digunakan untuk menokok kad tambang atau membeli pas konsesi atau pas perjalanan bulanan.



Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan (MOE) akan meningkatkan kriteria kelayakan pendapatan bagi skim bantuan kewangan untuk menampung perbelanjaan sekolah untuk lebih ramai pelajar. Ini bermakna sekitar 10,500 lagi pelajar kini layak mendapat sokongan tambahan.



Ini akan dilaksanakan mulai 1 Januari depan bagi pelajar sekolah rendah, menengah dan prauniversiti, dan mulai tahun penilaian 2023 bagi dermasiswa pemerintah untuk institusi pendidikan pasca menengah (PSEI).



Selain itu, kuantum dermasiswa bagi pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) sepenuh masa juga akan dipertingkat mulai tahun penilaian 2023, dengan mereka daripada isi rumah berpendapatan rendah akan meraih manfaat daripada kenaikan tertinggi.



Encik Wong berkata pemerintah tidak perlu menggunakan rizab lampau untuk membiayai langkah sokongan tersebut "kerana kita mempunyai kedudukan fiskal lebih kukuh daripada dijangkakan dalam separuh pertama tahun kewangan 2022, disebabkan varian Omicron lebih ringan dan pembukaan semula ekonomi yang lebih cepat".



Beliau menambah bahawa Presiden Halimah Yacob telah memberikan persetujuan bagi pemerintah membuat pendahuluan daripada Dana Luar Jangka supaya dapat menyediakan bantuan tepat pada masanya.



Pemerintah seterusnya akan memperkenalkan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan di Parlimen untuk menggantikan pendahuluan itu dalam tahun kewangan ini, kata Encik Wong.



LAPORAN LANJUT: 




SEKILAS PAKEJ BANTUAN $1.5 BILION



Bayaran Khas Kos Sara Hidup



- Wang tunai sehingga $500 bagi 2.5 juta warga Singapura dewasa yang layak



- Diagihkan pada Disember ini, bersama dengan Pakej Jaminan bagi bayaran tunai GST yang diumumkan semasa Belanjawan 2022



Baucar CDC



- Tambahan Baucar CDC $100 bagi setiap isi rumah warga Singapura pada Januari 2023



- Ini bermakna Baucar CDC sebanyak $300 secara keseluruhan akan diterima pada Januari 2023, termasuk Baucar CDC $200 di bawah Pakej Jaminan bagi GST yang diumumkan di Belanjawan 2022



Subsidi pengangkutan awam



- Subsidi tambahan sekitar $200 juta pada 2023 untuk liputi kenaikan tambang 10.6 peratusan mata yang akan dibawa ke latihan semakan tambang masa depan



Baucar Pengangkutan Awam (PTV)



- 600,000 PTV bernilai $30 setiap satu bagi isi rumah penduduk dengan pendapatan isi rumah bulanan bagi setiap orang tidak melebihi $1,600



Skim bantuan kewangan MOE



- Kenaikan dalam had kelayakan pendapatan dan peningkatan kepada kuantum dermasiswa bagi pelajar ITE sepenuh masa pada tahun penilaian 2023




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >