Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pameran bergerak di OTH tingkat kesedaran penyakit berkaitan jantung

Acara sempena Hari Jantung Sedunia
Sep 18, 2022 | 05:30 AM



PENYAKIT berkaitan jantung, atau kardiovaskular (CVD), menyumbang kira-kira satu pertiga daripada kematian di Singapura setiap tahun antara 2009 hingga 2019.



Antara faktor risiko utamanya ialah kolestrol darah tinggi, tekanan darah tinggi, kencing manis, merokok dan kurang senaman.



Demikian kata Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan), Dr Janil Puthucheary, di sebuah pameran bergerak anjuran Yayasan Jantung Singapura (SHF), di Our Tampines Hub semalam.



Pameran itu diadakan sempena sambutan Hari Jantung Sedunia pada 29 September.



Ia adalah acara tahunan SHF yang bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai selain menggalak langkah pencegahan bagi mengurangkan kes berkaitan CVD.



Pameran dua hari itu memaparkan pelbagai bahan yang memberi tumpuan pada pengetahuan kesihatan jantung secara am.



Tahun ini, SHF memberi lebih tumpuan pada pendidikan berkaitan kolestrol.



Ini tahun ke-22 SHF menyambut acara itu, namun semasa Covid-19 ia diadakan secara maya dua tahun berturut-turut.



Bagi membantu mengurangkan risiko itu, SHF, antara lain, akan bekerjasama dengan kedai runcit dalam talian Shopee untuk mendidik pengguna tentang pembelian runcit yang dapat memanfaatkan pilihan berkhasiat untuk jantung.



"Saya berbesar hati mengetahui bahawa SHF akan bekerjasama dengan Pasar Raya Shopee dalam talian sempena Hari Jantung Sedunia untuk mendidik pengguna tentang pembelian bermanfaat bagi jantung.



"Menerusi senarai makanan yang berkhasiat untuk jantung, yang dipilih khas oleh pakar pemakanan SHF, kita boleh belajar mengenal pasti sumber lemak baik, bijirin dan makanan berserat yang boleh dimasukkan ke dalam pemakanan untuk memperbaiki profil kolesterol darah," kata Dr Puthucheary.



Antara pengunjung ke pameran bergerak itu semalam ialah Cik Subhah Abu Hanipah, 45 tahun.



"Saya rasa pameran sebegini bagus sebab ia menawarkan pendidikan mengenai kesihatan jantung, penjagaan pemakanan dan gaya hidup sihat.



"Ini sangat bermanfaat untuk semua peringkat usia, termasuk warga emas dan remaja.



"Jadi kita semua dapat menimba ilmu bersama," kata penolong pengurus itu kepada Berita Harian.



"Saya pun dapat mempelajari beberapa fakta baru bagi saya, seperti cara mengurangkan kolestrol," tambah beliau.



Selain itu, SHF mengumumkan ia mengadakan semula permainan dalam talian yang mendapat pengiktirafan sebagai kempen 'Hari Jantung Sedunia Paling Berinspirasi' daripada Yayasan Jantung Sedunia (WHF).



Permainan itu, yang dinamakan Captain Hugo (dikenali sebagai Hugopoly tahun lalu), memberi dorongan kepada rakyat Singapura untuk mendalami pengetahuan kesihatan jantung menerusi kuiz kolestrol dan pencegahan CVD.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >