Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Panglima Tentera Laut ambil alih jadi Panglima Pasukan Pertahanan

Feb 23, 2023 | 05:30 AM



PANGLIMA Tentera Laut, Laksamana Muda (RADM) Aaron Beng, 41 tahun, akan mengambil alih daripada Leftenan Jeneral (LG) Melvyn Ong, 47 tahun, sebagai Panglima Pasukan Pertahanan (CDF) pada 24 Mac.



Beliau akan menjadi pegawai tentera laut pertama yang berkhidmat sebagai ketua Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) sejak penubuhannya pada 1972.



RADM Sean Wat Jianwen, Komander Armada Tentera Laut Republik Singapura (RSN), pula akan menjadi Panglima Tentera Laut (CNV) pada 10 Mac 2023.



Perubahan itu sebahagian daripada proses pembaharuan kepimpinan yang berterusan dalam SAF, menurut kenyataan Kementerian Pertahanan (Mindef) pada Rabu.



RADM Beng yang menyertai SAF pada 2000, mengetuai Kumpulan Pengurusan Krisis antara agensi yang menangani risiko keselamatan maritim seperti ancaman pengganas.



Beliau, yang merupakan penerima Biasiswa Presiden dan Biasiswa Luar Negara SAF, juga menyelia operasi keselamatan maritim semasa acara kebangsaan utama seperti sambutan Hari Kebangsaan dan Rahat Pemimpin Singapura-Indonesia 2022 di Bintan.



Beliau menggantikan LG Ong, yang menyertai SAF pada 1994, dan dilantik sebagai CDF pada 23 Mac 2018.



Di bawah kepimpinannya, SAF telah memperkukuh keselamatan dan keamanan Singapura.



Beliau mengetuai SAF dalam beberapa operasi peringkat tinggi termasuk Sidang Puncak Amerika Syarikat-Korea Utara dan Sidang Puncak Asean pada 2018.



Di bawah kepimpinannya juga, beliau telah mempelopori penubuhan Perkhidmatan Digital dan Perisikan (DIS), iaitu teras perkhidmatan keempat SAF, yang dilancarkan pada suku akhir 2022.



Mindef merakamkan penghargaan yang mendalam kepada LG Ong atas kepimpinan cemerlang dan sumbangan beliau kepada SAF.



LG Ong akan terus berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam selepas menamatkan perkhidmatannya daripada SAF.



Sementara itu, RADM Wat, 39 tahun, menyertai SAF pada 2002 dan pernah antara lain, menjadi Pegawai Memerintah kapal frigat RSS Supreme, Timbalan Komander Pasukan Petugas Keselamatan Maritim/Komando Keselamatan Maritim, Pengarah Pejabat Dasar Pertahanan, dan Komander Armada.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >