Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasangan syukur dapat tunai haji selepas tertunda 2 tahun

Jun 19, 2022 | 05:30 AM



PASANGAN suami isteri, Encik Badrolhaizat Kamsin dan Cik Faizah Awang kedua-duanya 53 tahun sepatutnya berangkat ke Tanah Suci pada 2020, namun hasrat mereka tidak kesampaian selepas Covid-19 melanda dunia.



Namun penantian selama dua tahun kini semakin berakhir, selepas mereka antara 407 jemaah Singapura yang dipilih untuk menunaikan haji tahun ini.



Ketika ditemui Berita Minggu (BM) di Max Atria, Singapore Expo semalam, Encik Badrolhaizat berkata awalnya mereka ghairah untuk ke tanah suci apabila diberikan berita gembira itu pada 2019.



"Ketika itu, kami sangat gembira kerana saat yang dinanti-nantikan telah tiba. Namun, ada sedikit kekecewaan apabila keberangkatan ke haji itu ditunda kerana Covid-19. Namun saya yakin apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya," ujar Encik Badrolhaizat yang telah mendaftar untuk membuat ibadah itu lebih 10 tahun yang lalu.



Pasangan Encik Shahrudin Abdul Samad dan Cik Sulija Amat, kedua-duanya 60 tahun, juga senasib dan berkata mereka telah membuat persiapan keberangkatan sebelum pandemik Covid-19 bermula.



"Kita sudah pergi belajar dan mendaftarkan pelbagai keperluan untuk haji sehingga sudah diberikan beg (untuk keberangkatan).



"Apabila mendapat berita bahawa haji ditangguhkan, memang agak kecewa tetapi kami amat memahami situasi pandemik ketika itu," kata Encik Shahrudin yang telah membuat pendaftaran haji pada 2012.



Sejurus mendapat tahu bahawa mereka dipilih menunaikan ibadah haji tahun ini, kedua-dua pasangan itu kerap diberikan informasi terkini oleh pihak Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) serta ejen penjualan pakej haji (GSA) mereka.



Ini termasuk keperluan bagi jemaah serta peraturan yang ditetapkan oleh Arab Saudi semasa menunaikan ibadah haji di tanah suci nanti.



Tahun ini, bilangan jemaah ditetapkan pada sejuta orang merangkumi mereka yang berusia bawah 65 tahun sahaja.



Jemaah luar negara perlu memohon visa dan menunjukkan bukti ujian Covid-19 negatif 72 jam sebelum menaiki pesawat.



Arab Saudi sebelum ini memaklumkan bahawa pemakaian pelitup tidak lagi wajib di sebahagian besar kawasan tertutup.



Namun jemaah boleh memilih untuk terus memakai pelitup.



Pemakaian pelitup masih diwajibkan di Masjidil Haram dan di masjid utama di Madinah.



Selain itu, jemaah juga tidak lagi perlu menunjukkan bukti vaksinasi pada permohonan mereka untuk memasuki tempat tertutup.



Bagi Encik Shahrudin, beliau tahu pentingnya akan keperluan ini dan berwaspada menjaga kesihatannya dalam beberapa minggu akan datang ini.



"Selain menjaga kesihatan dan permakanan, kami juga tidak menjemput saudara untuk ziarah ke rumah supaya dapat meminimumkan pertemuan semasa pandemik ini," jelas beliau.




APLIKASI PILGRIMSG



- Jemaah buat janji temu di klinik yang diuruskan SPAO



- Boleh dapatkan bantuan kecemasan melalui ciri geolokasi sekiranya hilang



- Terima berita perkembangan terkini, serta memberi maklum balas, sepanjang jalankan ibadah Haji.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >