Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasukan 4G perlu sedikit masa lagi untuk tentukan pemimpin: PM Lee

Nov 28, 2021 | 04:43 PM



ISU memilih perdana menteri selanjutnya adalah perkara penting yang tidak boleh ditangguh lagi pastinya sedang situasi Covid-19 kian mantap, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Ahad (28 November).



"Pasukan 4G akan memerlukan sedikit masa lagi untuk membuat keputusan. Tetapi saya yakin mereka akan dapat membereskannya sebelum pilihan raya umum selanjutnya diadakan.



"Saya yakin mereka akan membuat pilihan bijak dan dalam masa mendatang saya boleh mengalihkan kepimpinan negara ini kepada seseorang yang akan menjaga negara ini dengan baik," tambah Encik Lee dalam perhimpunan tahunan Konvensyen Parti Tindakan Rakyat (PAP).



Pilihan raya umum mendatang harus diadakan menjelang November 2025.



Covid-19 membawa ujian berat buat pasukan 4G dan menguji tekad mereka secara individu atau berkumpulan, kata Encik Lee.



"Keseluruhan pasukan 4G berhak menerima banyak pujian kerana mengurus keadaan Covid-19 ini.



"Ini adalah pasukan yang Singapura boleh bergantung dan percayai dalam masa senang mahupun sukar," kata Encik Lee yang menerima tepukan hadirin.



"Saya telah meminta semua anggota parti agar memberi mereka sokongan, bekerjasama dengan anda dan membawa negara ini ke alaf selanjutnya," tambahnya.



Encik Lee, yang juga Setiausaha Agung PAP, mengulas isu pembaharuan kepimpinan dalam ucapannya, termasuk mengenal pasti mereka yang berkebolehan untuk diketengahkan sebagai calon dalam pilihan raya akan datang.



Parti ini telah pun memperluas titik sentuhannya dan mulakan proses mendapatkan calon yang dicari.



"Kami mempunyai banyak sesi minum teh yang diatur dan merupakan satu tanda menggalakkan kerana ia menunjukkan minat yang mendalam terhadap parti ini, dalam platform ini, dan lebih penting lagi, ramai warga Singapura bersedia tampil untuk berbakti kepada negara dan memperjuangkan hak bagi Singapura yang mereka percayai," katanya.



Pembaharuan kepimpinan ini diperlukan bukan sahaja buat Anggota Parlimen dan setiausaha cawangan tetapi menteri serta perdana menteri, tambah Encik Lee.



Beliau berkata pandemik ini telah melambatkan rancangan menyerahkan jawatan Perdana Menteri yang beliau rancang.



Secara berasingan, Timbalan Perdana Menteri (DPM) Heng Swee Keat telah mengumumkan pada April bahawa beliau akan mengundurkan diri sebagai pemimpin pasukan 4G.



Encik Lee berkata sebagai DPM, Encik Heng yang merupakan penolong setiausaha agung pertama PAP kekal sebagai anggota utama pasukan 4G, memegang tanggungjawab besar khususnya bagi ekonomi.



Menteri 4G sejak itu telah meninjau semula isu peralihan pucuk pimpinan ini, jelas Encik Lee.



"Mereka telah berkata tentang perkara ini sebelum ini dan saya ulangi apa kata mereka: Ia bukan tentang memilih 'bos' atau pemenang sesuatu 'perlumbaan'.



"Ia bukan permainan realiti; ia adalah keputusan yang amat serius, hidup dan mati buat warga Singapura. Ia adalah mengenai usaha membangun pasukan yang utuh dan menghuraikan antara mereka seseorang yang pertama dalam kalangan individu setara, seseorang yang boleh menyatukan semua dan mengemukakan yang terbaik dari setiap anggota pasukan," katanya.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >