Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Paya Simpanan Sungei Buloh dibuka semula, kerja pembaikan selesai

Jan 28, 2023 | 05:30 AM



KAWASAN yang dikepung di Paya Simpanan Sungei Buloh dibuka semula kepada awam kelmarin.



Ini tiga hari setelah seorang lelaki dan anak perempuannya terjatuh ke dalam lubang di jambatan di situ akibat hujan lebat yang menyebabkan panel lantai tertanggal.



Pengarah kumpulan bagi pemuliharaan Lembaga Taman Negara (NParks), Encik Lim Liang Jim berkata lubang itu ditutup setelah air surut, dan tiada panel lain yang hilang atau jurang ditemui di taman itu.



Dengan baki tempoh Tahun Baru Cina yang dijangka akan mengalami hujan lebat berterusan, Encik Lim berkata kakitangan NParks sedang memantau paras air di paya simpanan itu, dan akan menutup sementara kawasan yang senang dilanda banjir.



Isnin lalu, Encik Bucky Hussain, 33 tahun, isterinya dan dua anaknya sedang bersiar-siar di paya simpanan itu, yang kerap dikunjungi mereka.



Encik Hussain, yang bekerja dalam strategi jualan di Google, berkata ia mula hujan ketika hampir waktu tengah hari.



Bergegas untuk meninggalkan taman itu, Encik Hussain dan isterinya membawa anak-anak mereka menyeberang jambatan tersebut, yang paras airnya sudah mencecah buku lali.



Laluan pejalan kaki itu melintas pintu air yang mengawal pengaliran dari Sungai Buloh Besar ke dalam laut.



Lubang besar di tengah-tengah jambatan di mana terdapat panel yang hilang, tidak kelihatan, dan Encik Hussain serta anak perempuannya berusia dua tahun, Ashley, terjatuh ke dalam air yang bergelora di bawah.



"Naluri saya adalah untuk menangkap anak perempuan saya dan menolaknya ke permukaan supaya beliau berada di atas air. Saya sudah di bawah air hingga tertelan banyak air. Saya tidak dapat jejak tanah...arusnya amat kuat," katanya kepada akhbar The Straits Times.



Isterinya, yang sedang mendukung anak lelaki mereka berusia empat tahun, berdiri di atas dalam keadaan terkejut.



Encik Hussain menggunakan tangannya yang bebas, untuk memegang papan di jambatan tersebut dan kaki kanannya memijak konkrit - tiang jambatan di bawah air.



"Untuk melawan arus dan naik ke darat, saya menekan kaki saya ke konkrit dan menolak diri saya naik, sambil memegang anak perempuan saya. Sekumpulan pejalan kaki yang berada beberapa meter di belakang kami semasa di jambatan tersebut menangkap Ashley."



Encik Hussain kemudian mengheret dirinya naik ke atas jambatan itu, dan mengalami lebam besar di rusuknya, calar di lengan dan luka di pehanya.



Kejadian itu berlaku selama dua minit, tetapi terasa seakan selamanya, katanya.



Keluarga beliau dan pejalan kaki lain terus berada di jambatan itu untuk memberi amaran kepada pengunjung di situ mengenai lubang tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >