Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Pelajar maut: MOE gantung kegiatan paras tinggi sekolah

Feb 06, 2021 | 05:30 AM



KEGIATAN elemen paras tinggi mempunyai risiko tetapi ada kelebihannya dalam menanam keyakinan diri, kata seorang penasihat teknikal serta jurulatih sukan penjat tembok.



Ketika dihubungi semalam, Encik Muhd Hazlee Senin, 35 tahun, berkata: "Antara risiko yang dihadapi peserta semasa melakukan kegiatan elemen paras tinggi ialah tergelincir, melakukan kesilapan seperti tidak menggunakan alat keselamatan dengan betul atau terlanggar sesuatu objek semasa tergantung menerusi tali keselamatan mereka.



"Namun, sebelum setiap kegiatan dimulakan jurulatih akan membuat penilaian apakah peserta sihat dan boleh melakukan kegiatan itu.



"Jurulatih akan juga melakukan pemeriksaan keselamatan, termasuk memeriksa alat keselamatan yang digunakan sejajar langkah keselamatan yang perlu dipatuhi menurut peraturan yang diiktiraf di sini."



Kegiatan itu menjadi tumpuan selepas Kementerian Pendidikan (MOE) menggantung kegiatan luar darjah melibatkan elemen paras tinggi bagi semua sekolah serta-merta, menyusuli kematian seorang pelajar sewaktu melakukan kegiatan itu di Safra Yishun Rabu lalu.



Pelajar lelaki berusia 15 tahun dari Sekolah Anglo-Chinese (Bebas) (ACS(I)) itu dikejarkan ke Hospital Khoo Teck Puat (KTPH) selepas insiden tersebut, yang berlaku sekitar 2 petang, tetapi meninggal dunia pagi kelmarin.



Cik Nur Faezah Suhairy, yang menyertai satu kegiatan elemen paras tinggi di sebuah kemudahan kegiatan luar di Khatib awal tahun ini, berkata:



"Peserta perlu berwaspada mengenai alat keselamatan yang digunakan, terutamanya alat yang mengawal tali yang terikat pada peserta semasa menjalankan aktiviti itu.



"Jika mereka berasa ragu-ragu atau tidak pasti cara menggunakan alat itu, mereka mesti mendapatkan penjelasan dan bantuan daripada jurulatih yang berada di situ sebelum melakukan aktiviti tersebut," kata penganalisis berumur 24 tahun itu.



MOE menyatakan kegiatan itu digantung hingga siasatan terhadap kes tersebut selesai.



Seorang jurucakap polis berkata kelmarin pelajar itu tergelincir semasa melakukan kegiatan tersebut dan beliau "tergantung dari tali pengikat keselamatannya" di udara.



Pelajar itu tidak sedarkan diri semasa diturunkan dan tidak memberi respon apabila polis tiba di tempat kejadian, lapor akhbar The Straits Times.



Paramedik Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) cuba menyedarkan semula pelajar tersebut di tempat kejadian dan menggunakan AED (defibrilator luaran automatik) sebelum membawanya ke KTPH.



Pelajar itu menyertai kegiatan sekolah anjuran sebuah syarikat pembelajaran kembara luar darjah, Camelot.



Kegiatan sedemikian kadangkala dianjurkan semasa perkhemahan sekolah bagi memupuk keyakinan diri pelajar.



Peserta kegiatan itu akan ditugaskan mengatasi cabaran menerusi pelbagai hambatan semasa berada di kemudahan paras tinggi, dan mereka mesti memakai alat keselamatan seperti topi keladar, abah-abah (harness) serta tali keselamatan.



Sementara itu, jurulatih kemudahan tersebut telah disoal oleh polis.



Siasatan awal menunjukkan tiada perbuatan khianat dikesan dan siasatan polis masih dijalankan.



Jurucakap bagi Camelot mengesahkan kejadian itu berlaku semasa programnya dijalankan, sambil menambah ia akan terus memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa relevan.



Dalam satu kenyataan bersama MOE dan ACS(I), kededua pihak berkata mereka berasa amat sedih mengenai kematian pelajar itu dan akan bekerjasama bagi memberi sokongan penuh kepada keluarga dan rakan serta guru darjah pelajar itu dalam tempoh mencabar ini.



"Keselamatan pelajar menjadi keutamaan kami, dan kami sedang bekerjasama dengan polis dan pihak relevan bagi menyiasat insiden ini," kata kenyataan itu.



Jurucakap Safra Yishun berkata semua kegiatan di pusat sukan kembaranya digantung buat sementara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >