Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelan 3 tahun S'pura sokong keluarga tempatan dilancar

Nov 09, 2022 | 05:30 AM



SET strategi yang diperbaharui akan dilancarkan untuk mengukuhkan dan meningkatkan keluarga di Singapura sepanjang semua peringkat kehidupan.



Dilancarkan semalam, rancangan kebangsaan baru untuk keluarga yang bertajuk "Singapura Yang Mesra Keluarga 2025" atau Singapore Made for Families 2025 (MFF 2025), berharap dapat mewujudkan Singapura di mana semua keluarga dihargai dan disokong.



Pelan tiga tahun itu mengandungi aspirasi kolektif keluarga oleh pemerintah, Majlis Keluarga untuk Seumur Hidup, dan ramai rakan kongsi dan keluarga dalam masyarakat yang terlibat selama ini.



Berucap semasa pelancaran itu semalam, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi, Encik Heng Swee Keat, berkata untuk kekal bersatu padu dan kukuh sebagai sebuah masyarakat, keluarga mesti diperkasakan dan diberikan sokongan lebih padu, termasuk membantu keluarga yang kurang bernasib baik.



Demikian dinyatakannya semasa Simposium Serantau Konsortium Ketiga Institusi Keluarga di Rantau Asia dan Persidangan Keluarga Asia Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), (Cifa-AFC 2022) semalam.



MFF 2025 merangka rancangan kolektif Singapura untuk mengukuhkan keluarga melalui tiga teras luas.



Ini termasuk mempunyai budaya yang lebih kondusif untuk meraikan dan menyokong keluarga, memperkasakan keluarga sepanjang tahap hidup dan memperluaskan sokongan untuk meningkatkan taraf keluarga dengan pelbagai keperluan.



Dari segi mempunyai budaya yang lebih kondusif, masyarakat, majikan dan keluarga memainkan peranan yang besar. Encik Heng berkata:



"Mewujudkan persekitaran yang menyokong dan fleksibel untuk pekerja mencapai keharmonian kerja-kehidupan bukan sekadar prokeluarga, ia juga properniagaan.



"Pekerja yang dapat mengimbangi kerja dan keluarga mereka dapat menyumbang dengan lebih baik di tempat kerja."



Ahli keluarga juga boleh membuat perubahan dengan memperuntukkan masa untuk mendengar satu sama lain atau lebih komited pada waktu makan keluarga.



Selain itu, Encik Heng turut menekankan kepentingan keluarga diperkasakan di sepanjang tahap hidup, terutamanya bagi keluarga yang menua.



Untuk golongan ini, sokongan perkhidmatan pengantaraan dan kaunseling di Pusat Khidmat FAM@Keluarga akan diluaskan mulai 2023.



Ini bertujuan membantu mereka menghadapi potensi tekanan penuaan pada perkahwinan atau hubungan keluarga.



Di bawah pelan baru ini, sokongan untuk meningkatkan taraf keluarga dengan pelbagai keperluan akan ditawarkan. Ini terutamanya bagi mereka yang mempunyai latar belakang yang kurang bernasib baik.



Ini termasuk keluarga berpendapatan rendah, keluarga dengan individu kurang upaya dan ibu bapa tunggal.



Untuk keluarga seperti ini, sokongan lebih awal dan berintegrasi bagi menangani cabaran dan keadaan unik akan diberikan seperti rangkaian ComLink.



Di samping melancarkan pelan baru ini, Encik Heng turut menekankan kerjasama antara masyarakat lain dan rakan kongsi antarabangsa.



"Perkongsian ini telah membantu kami membangunkan lebih banyak berasaskan bukti kandungan keibubapaan yang positif dan program pembangunan kanak-kanak, juga sebagai memantapkan keupayaan pendidik kehidupan berkeluarga.



"Persidangan hari ini merupakan satu lagi platform untuk kami menjalin perhubungan serta membentuk kerjasama yang baru," katanya.



Lebih 400 orang berkumpul secara fizikal bagi acara itu untuk memajukan agenda tersebut di Hotel Hilton Singapura semalam.



Mereka yang menghadiri sidang sepanjang tiga hari itu terdiri daripada menteri, penceramah luar negara dan pegawai kanan dari Brunei, Kemboja, Jepun, Malaysia, Maldives, Indonesia dan Thailand.



Turut menghadiri majlis itu semalam adalah Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad dan Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Ehwal Dalam Negeri), Cik Sun Xueling.




"Perkongsian ini telah membantu kami membangunkan lebih banyak berasaskan bukti kandungan keibubapaan yang positif dan program pembangunan kanak-kanak, juga sebagai memantapkan keupayaan pendidik kehidupan berkeluarga.

Persidangan hari ini merupakan satu lagi platform untuk kami menjalin perhubungan serta membentuk kerjasama yang baru."

- Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi, Encik Heng Swee Keat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >