Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelan bantu sektor khidmat sosial bina keupayaan digital dilancar

Jul 14, 2021 | 11:54 AM



SEKTOR khidmat sosial kini boleh merujuk kepada panduan untuk melihat bagaimana mereka dapat membina keupayaan digital serta mengakses huraian teknologi berdasarkan keperluan mereka. 



Pelan Digital Industri Khidmat Sosial (IDPSS) diumumkan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli Masagos Mohamad semasa Sidang Khidmat Sosial tahunan di Pusat Konvensyen Suntec City hari ini (14 Julai). 



Ia merangkumi peta laluan digital (digital roadmap) yang menyasarkan untuk mempertingkat keupayaan digital sektor itu secara beransur-ansur dalam tempoh tiga tahun. 



Agensi Khidmat Sosial (SSA) juga boleh memanfaatkan pelan tersebut demi mempercepat proses digitalisasi mereka dan menggunakan teknologi untuk memberikan khidmat yang lebih baik kepada pengguna. 



Ini selaras dengan teras utama Teras Strategik Sektor Perkhidmatan Sosial (4ST) untuk membentuk entiti khidmat sosial yang berkesan dan dapat menyediakan huraian bermutu, inovatif, dan relevan. 



Di samping itu, panduan yang bertujuan melengkapkan kakitangan khidmat sosial dengan pendekatan praktikal yang boleh digunakan untuk memperkasa pengguna khidmat turut dilancarkan semalam. 



Panduan Memperkasa itu dibentuk Majlis Khidmat Sosial Nasional (NCSS) dan diharapkan dapat melatih kakitangan, antaranya melalui sesi jejak pembelajaran atau ‘learning journey’, untuk menggunakan pendekatan yang memperkasa dalam berkhidmat.



Dalam ucapannya, Encik Masagos berkata Covid-19 telah membangkitkan semangat kemanusiaan terbaik di mana semua individu, pertubuhan dan sektor bekerjasama untuk melindungi satu sama lain, terutama sekali golongan yang paling mudah terjejas. 



Katanya: “Selepas pandemik ini berlalu, saya harap kita dapat bangkit lebih kukuh sebagai satu sektor khidmat sosial yang didorong SSA yang berdaya tahan serta profesional khidmat sosial yang diperkasa, selaras dengan semangat SSA 3.0. 



“Ini membolehkan kita memberikan khidmat yang lebih baik kepada warga Singapura dalam jangka masa panjang.” 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >