Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan: KEMENTERIAN PERHUBUNGAN DAN PENERANGAN

Pelan induk hala tuju prasarana keterhubungan S'pura sedang dibangun

Janil pengerusi bersama panel penasihat terdiri daripada pemimpin industri, niaga
Mar 01, 2023 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Perhubungan dan Penerangan (MCI) sedang membangunkan sebuah pelan induk untuk melakar hala tuju bagi prasarana keterhubungan digital Singapura.



Bagi menyokong dan memberi nasihat mengenai Pelan Induk Keterhubungan Digital itu, MCI sedang membentuk sebuah panel penasihat mengenai prasarana digital yang dipengerusikan bersama Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Dr Janil Puthucheary, dan Naib Presiden Eksekutif bagi Operasi Global Western Digital, Encik Irving Tan.



Dalam perbahasan Jawatankuasa Perbekalan bagi MCI di Parlimen pada Selasa, Dr Janil berkata panel tersebut menghimpunkan pemimpin industri dan perniagaan yang akan membantu mereka memahami dan mewakili perspektif yang pelbagai dalam arena digital yang berubah-ubah.



Mengulas tentang pelan induk itu, beliau berkata: "Pelan induk itu akan menggariskan apa seterusnya bagi prasarana keterhubungan Singapura, termasuk rangkaian Wi-Fi, mudah alih dan jalur lebar yang memberi kuasa kepada keterhubungan domestik kita, dan kabel dasar laut yang memberi keterhubungan antarabangsa."



Beliau menambah bahawa ia juga mengenal pasti kesalinghubungan dengan komponen prasarana digital lain yang melengkapi lapisan keterhubungan ini, seperti pusat data dan kemudahan digital.



Kesalinghubungan ini, kata Encik Janil, penting untuk memaksimumkan nilai kumpulan prasarana itu.



Menteri Perhubungan dan Penerangan merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Cik Josephine Teo, pula dalam ucapan beliau menekanakan kepentingan Pelan Induk Keterhubungan Digital itu.



"Ia akan menetapkan asas bagi kita mengatasi kekangan sumber kita dan mewujudkan peluang ekonomi bagi semua warga Singapura."



Menyentuh mengenai pelancaran 5G, Dr Janil berkata ia sedang berjalan lebih awal daripada dijadualkan bagi Singapura.



Justeru, tumpuannya sekarang ialah menyokong industri agar memanfaatkan keupayaan 5G bagi mempertingkat tawaran perkhidmatan dan operasi mereka.



Selain itu, Dr Janil mengumumkan rancangan untuk menarik penyelidik kecerdesan buatan (AI) peringkat atas yang juga dapat mengasah bakat.



Contohnya, Pejabat Negara Bijak dan Pemerintah Digital (SNDGO) dan Yayasan Penyelidikan Nasional (NRF) akan melancarkan program penyelidikan kecerdasan buatan AI Investigatorships dalam bulan-bulan akan datang.



Satu kenyataan bersama MCI, Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) dan Agensi Keselamatan Siber (CSA) Singapura mengatakan pada lewat 2023, ia akan melancarkan Pelan Induk Perusahaan Digital, iaitu peta jalan menyeluruh yang membina di atas usaha MCI memacu pendigitalan merentas ekonomi.



Ia antaranya dilakukan dengan menggalak penggunaan kemudahan digital seperti CorpPass, InvoiceNow dan PayNow.



Syarikat kecil dan sederhana (SME) pula akan mendapat sokongan lebih baik untuk berlindung daripada serangan siber menerusi sebuah skim yang menyediakan khidmat perundingan keselamatan siber bersubsidi serta rancangan kesihatan keselamatan siber yang disesuaikan bagi membantu SME berusaha ke arah pensijilan keselamatan siber nasional.




"Pelan induk itu akan menggariskan apa seterusnya bagi prasarana keterhubungan Singapura, termasuk rangkaian Wi-Fi, mudah alih dan jalur lebar yang memberi kuasa kepada keterhubungan domestik kita, dan kabel dasar laut yang memberi keterhubungan antarabangsa."
- Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Dr Janil Puthucheary.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >