Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelan lima tahun Safra buat NSmen, keluarga

Zaqy: Safra rancang penuhi keperluan gaya hidup NSmen serta keluarga mereka dengan lebih baik
Nov 16, 2020 | 05:30 AM



MENTERI Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, semalam telah berkongsi perubahan dan pelan Safra untuk anggota Perkhidmatan Negara (NSmen) bagi lima tahun akan datang.



Antara lain Safra merancang untuk bekerjasama dengan agensi awam dan penyedia pendidikan untuk memenuhi keperluan pembelajaran NSmen dengan lebih baik.



"Safra akan mendukung aspirasi kerjaya mereka dengan memberikan lebih banyak peluang untuk mereka meningkatkan kemampuan dan memperoleh wawasan melalui kursus dan program yang relevan dan terutamadalam pandemik ini," kata Encik Zaqy, yang juga Presiden Safra di Safra Tampines.



Safra juga merancang untuk memenuhi keperluan gaya hidup NSmen serta keluarga mereka dengan lebih baik.



Antaranya dengan menyediakan rangkaian kecergasan dan kesejahteraan dengan harapan mendorong lebih banyak NSmen dan keluarga mereka mengamalkan gaya hidup yang aktif.



"Kami telah bekerjasama dengan seni pertahanan diri campuran (MMA) untuk menjejak kecergasan NSmen dan Amore Fitness yang ditawarkan kepada ahli keluarga NSmen supaya mereka juga dapat mengamalkan gaya hidup yang aktif.



"Saya rasa kemudahan yang ditawarkan ini penting untuk melibatkan ahli keluarga NSmen dan pada masa yang sama untuk masyarakat am," tambah beliau.



Selain itu, Safra akan meneroka untuk memenuhi keperluan kesihatan NSmen dengan lebih baik seperti penyediaan perkhidmatan fisioterapi dan pemeriksaan perubatan dengan harga berpatutan.



Kerjasama Safra baru-baru ini dengan EQBenefits juga dapat menawarkan anggota Safra pelan kesihatan asas untuk 12 bulan secara percuma dan menawarkan harga istimewa pada lebih 150 pusat perubatan, pergigian dan kesihatan.



Safra juga telah bekerjasama dengan SNACK di bawah Syarikat Income untuk menawarkan perlindungan insurans kemalangan sebanyak $5,000 secara percuma, dan syarikat TRIBE di bawah syarikat Income untuk memberikan perlindungan insurans penyakit dan kecederaan kanak-kanak untuk enam bulan secara percuma, khas untuk ahli Safra.



Menurut Encik Zaqy, manfaat ini penting kerana NSmen mendapat subsidi yang baik dan tidak perlu membayar kos sepenuhnya.



"Pada pendapat saya, insiatif-inisiatif ini semuanya penting dan saya harap NSmen kita dapat meraih kesemua manfaat yang telah disediakan,"ujar Encik Zaqy.




"Safra akan mendukung aspirasi kerjaya mereka dengan memberikan lebih banyak peluang untuk mereka meningkatkan kemampuan dan memperoleh wawasan melalui kursus dan program yang relevan dan terutama dalam pandemik ini."
- Encik Zaqy Mohamad, Menteri Negara Kanan Pertahanan dan Presiden Safra.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >