Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelbagai kegiatan Raikan Ilmu@Heartlands dekati penduduk Jurong

Jul 23, 2023 | 02:37 PM



Lebih 50 kegiatan untuk kanak-kanak dan ibu bapa mereka, belia dan pencari kerja dianjurkan oleh Yayasan Mendaki dalam usaha terbarunya mendekati penduduk di estet perumahan.

Acara Raikan Ilmu@Heartlands di Jurong East pada Sabtu itu diadakan di pusat beli-belah IMM sempena bulan Raikan Ilmu 2023.

Kegiatan itu disediakan di tiga astaka khusus – PlayFest untuk kanak-kanak bawah usia enam tahun dan ibu bapa mereka; TinkerSpace bagi pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan Institut Pendidikan Tinggi (IHL); serta SkillsFuture untuk karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) dan mereka yang mencari kerja.

Anggota Parlimen (AP) GRC Chua Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, yang berada di acara itu berkata beliau gembira melihat keluarga seronok mengambil bahagian dalam kegiatan di astaka PlayFest dan TinkerSpace.

“Festival ini juga memberi peluang kepada belia dan pencari kerja meneroka pelbagai peluang kerjaya dan peningkatan kemahiran yang ditawarkan oleh agensi berbeza di astaka SkillsFuture,” katanya.

Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-undang), Cik Rahayu Mahzam, berkata: “Di M³@Jurong, kami merancang mendekati sekitar 200 belia melalui program yang diterajui Mendaki, seperti Sesi Rangkaian YOUth@M³ dengan Pelajar Peringkat Tinggi dan #amPowered@M³Town.”

“Melalui program-program ini, kami berhasrat melengkapkan dan menghubungkan belia dengan sumber relevan, agensi negara dan pemimpin industri sedang mereka maju ke laluan pendidikan atau kerjaya seterusnya,” tambah beliau, yang juga AP GRC Jurong.

Acara Raikan Ilmu@Heartlands diadakan di Punggol dan Wisma Geylang Serai sebelum ini, dan yang seterusnya akan diadakan di Kampung Admiralty pada 29 Julai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >