Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelbagai maklum balas inisiatif Melakar Hala Tuju S'pura

136 peserta dan penduduk GRC Marsiling-Yew Tee kemuka usulan bagi masa depan
Oct 09, 2022 | 05:30 AM



MEMBERI cuti berbayar dua hari untuk meneroka budaya di Singapura, mengadakan program mentoring antara warga tua dengan belia, serta memperkenal subjek berasaskan kemahiran seperti memasak atau menjahit seawal di sekolah rendah.



Itulah antara saranan yang dikongsi 136 relawan akar umbi, rakan kongsi dan penduduk GRC Marsiling-Yew Tee yang menghadiri satu sesi pendekatan Melakar Hala Tuju Singapura semalam.



Daya usaha Melakar Hala Tuju Singapura bertujuan mengemas kini kompak sosial negara.



Sesi selama kira-kira dua jam itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, dan Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) North West, Encik Alex Yam.



Kedua-dua mereka ialah penasihat Pertubuhan Akar Umbi GRC Marsiling-Yew Tee.



"Menerusi siri perbualan ini, kita (pemerintah) berharap kita meraih pemahaman yang lebih baik mengenai bagaimana kompak sosial kita dapat dikemas kini.



"Anda semua mempunyai peranan penting dalam membentuk kompak baru ini dan masa depan kita bersama," kata Encik Wong semasa menutup sesi semalam.



Dianjurkan Persatuan Rakyat (PA), sesi itu adalah antara yang pertama daripada sekitar 20 dialog masyarakat Melakar Hala Tuju Singapura yang akan dibawa ke estet-estet perumahan.



Menurut PA, sesi itu telah mendapat sambutan baik, dengan hampir 1,000 peserta sejauh ini telah mendaftar.



Antara peserta di sesi semalam ialah Safia Nabila Shabirin, 16 tahun.



Beliau terdorong untuk menghadiri sesi tersebut oleh bapanya, Encik Shabirin Ariffin, 45 tahun, seorang fasilitator relawan dalam sesi itu.



Safia, pelajar tahun pertama dalam jurusan kejuruteraan bioperubatan di Politeknik Nanyang, berkata:



"Saya fikir menghadiri sesi sebegini penting untuk generasi saya sebab ia menimbulkan rasa kekitaan dalam diri.



"Kita dapat menyuarakan pendapat mengenai apa yang kita ingin lihat di sini supaya kita kekal menjadikan Singapura rumah kita."



Encik Shabirin menggalak ibu bapa lain agar melibatkan anak mereka dalam dialog Melakar Hala Tuju Singapura.



"Masa depan ini adalah milik mereka, bukannya saya. Melakar Hala Tuju Singapura adalah mengenai masa depan mereka.



"Saya mahu dia terlibat dalam perbualan ini dan cuba bersemuka dengan orang lain, berbanding duduk saja di rumah dan menonton YouTube," kata beliau yang bertugas dalam bidang pemasaran dan pensyarah tambahan di Sekolah Perniagaan Politeknik Nanyang.




"Menerusi siri perbualan ini, kita (pemerintah) berharap kita meraih pemahaman yang lebih baik mengenai bagaimana kompak sosial kita dapat dikemas kini.

Anda semua mempunyai peranan penting dalam membentuk kompak baru ini dan masa depan kita bersama."

- Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, yang juga penasihat Pertubuhan Akar Umbi GRC Marsiling-Yew Tee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >