Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelihara harmoni kaum antara peranan penting terjemahan di SG: Kiat How

Portal tingkat piawaian terjemahan turut dilancar
Jun 28, 2022 | 05:30 AM



TERJEMAHAN merupakan satu keutamaan dan pemerintahnya menganggapnya penting bagi masyarakat berbilang kaum dan bahasa di sini.



Demikian dinyatakan Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How, semasa pelancaran portal SG Translate Together (SGTT), sebuah portal penterjemahan untuk meningkatkan piawaian terjemahan semalam.



Encik Tan berkata terjemahan telah membantu menyelesaikan masalah komunikasi di antara mereka yang bertutur dan memahami bahasa berbeza di Singapura.



"Terjemahan amat penting dalam masyarakat kita yang berbilang kaum dan bahasa, di mana ia berfungsi untuk mengukuhkan persefahaman dan memelihara hubungan harmoni antara masyarakat," ujar beliau, yang juga Pengerusi bagi Jawatankuasa Penterjemahan Nasional.



Encik Tan memberikan contoh bagaimana terjemahan telah membantu usaha pemerintah dalam krisis seperti pandemik Covid-19.



Dalam krisis itu, maklumat penting seperti Langkah Pengurusan Selamat (SMM) dan nasihat untuk mendapatkan suntikan vaksin perlu dikongsi dengan semua lapisan masyarakat di Singapura, terutama mereka yang sudah berusia dan lebih selesa dalam bahasa ibunda.



"Kami terpaksa menterjemah garis panduan dan nasihat ini ke dalam bahasa ibunda dengan tepat dan dengan cara yang boleh difahami oleh semua rakyat Singapura.



"Ini memerlukan pemahaman tentang konteks budaya tempatan dan nuansa dalam penggunaan bahasa," katanya.



Teknologi juga telah memainkan peranan penting dalam usaha itu, ujar Encik Tan.



Menurutnya, enjin penterjemahan 'SG Translate' telah menghasilkan salinan terjemahan pertama yang kemudiannya disemak oleh para penterjemah.



Enjin itu telah dibangunkan oleh MCI dan Agensi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star) pada 2019 untuk 'dilatih' menggunakan data yang diambil daripada bahan komunikasi pemerintah dan berupaya menterjemah ayat tertentu yang unik bagi Singapura kepada empat bahasa utama di sini - Inggeris, Cina, Melayu dan Tamil.



Enjin itu turut digunakan untuk menterjemahkan pelbagai bahan semasa pandemik Covid-19. Bahan-bahan ini dikirimkan Gov.sg kepada orang awam setiap hari dalam empat bahasa utama.



"Ini dapat mengurangkan masa yang diambil untuk menterjemah bahan seperti mesej WhatsApp Gov.sg, membolehkan kami menyebarkan maklumat tepat pada masanya," tambah Encik Tan.



Selain melancarkan portal itu, beliau berkata SGTT bertujuan menjadi wadah bagi individu yang berminat dalam bahasa dan terjemahan.



Encik Tan menekankan, meningkatkan mutu terjemahan dan bahasa tidak boleh dilaksanakan oleh pemerintah sahaja, sebaliknya ia memerlukan penyertaan masyarakat.



Justeru, MCI telah menggembleng tenaga relawan sebagai penterjemah masyarakat atau citizen translator sejak tahun lalu untuk mengenal pasti kesilapan dalam bahan komunikasi pemerintah dan memberi saranan untuk memperhalusi penterjemahan.



Sehingga Mei lalu, Encik Tan berkata lebih 1,200 relawan telah tampil untuk mengambil bahagian dalam usaha itu.



Selain itu, orang awam juga boleh mengasah kemahiran mereka dengan melakukan tugasan terjemahan yang disediakan oleh agensi pemerintah atau menghantar terjemahan yang disunting menerusi portal SGTT itu yang boleh diakses menerusi pautan www.translatetogether.gov.sg.



LAPORAN SELANJUTNYA: Portal terjemah perkataan, ayat ikut konteks setempat




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >