Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peluang 1,500 pelajar keluarga susah raih kemahiran digital

Mar 14, 2023 | 05:30 AM



SERAMAI 1,500 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah di daerah Central Singapura akan menimba kemahiran digital baru dalam edisi ketiga 'My Digital Bootcamp' tajaan UOB.



Program seluruh daerah itu akan membantu mengimbangkan peluang bagi kanak-kanak daripada latar belakang kurang bernasib baik yang mungkin tidak mempunyai akses kepada pendidikan kurikular tambahan.



Ia sebahagian gerakan SkillsFuture Junior Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Central Singapura, yang bertujuan melengkapi penduduk mudanya dengan kemahiran digital dan insaniah agar siap bagi masa depan, menurut satu kenyataan bersama CDC Central Singapura dan UOB.



'My Digital Bootcamp' musim ketiga dilancarkan di Kelab Masyarakat Cairnhill pada Isnin.



Ia dihadiri Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Cik Indranee Rajah; Mayor Daerah Central Singapura, Cik Denise Phua; dan ketua perbankan komersial kumpulan UOB, Encik Eric Lian.



Mengenai usaha itu, Cik Indranee berkata: "Kita mahu semua anak-anak kita bersedia bagi masa depan. Ada kanak-kanak yang mempunyai akses lebih besar kepada sumber untuk mendapatkan kemahiran buat masa depan berbanding yang lain.



"My Digital Bootcamp merapatkan jurang itu dan memastikan kanak-kanak boleh mempunyai akses kepada kemahiran digital tidak kira latar belakang mereka."



Di pelancaran itu, UOB menyampaikan cek bernilai $500,000 bagi menyokong program itu.



Secara keseluruhan, bank itu telah menderma $1.5 juta bagi tiga musim 'My Digital Bootcamp'.



Cik Indranee melahirkan harapan bengkel itu dapat mencetus semangat inovasi dan kreativiti lantas memberi peserta pengalaman positif bersama teknologi supaya dapat melihatnya sebagi penggerak bukan halangan.



Dalam setiap kem dua hari yang diadakan dari Mac hingga Disember, pelajar akan menjalani empat bengkel berasaskan kemahiran secara modular untuk mempelajari kemahiran pembuatan digital lanjut, contohnya robotik, pembangunan aplikasi mudah alih, pempograman dan reka bentuk permainan, dalam cara yang seronok.



Mereka juga akan didedahkan kepada kemahiran insaniah seperti kemahiran perhubungan dan pengurusan hubungan, antara lain.



Lebih 2,000 kanak-kanak daripada 34 sekolah dan pertubuhan masyarakat di kawasan Central Singapura telah meraih manfaat daripada dua musim program itu sejak ia dilancarkan pada Septmber 2019.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >