GOLONGAN belia setempat akan mempunyai lebih banyak peluang untuk melibatkan diri dalam transformasi negara menjadi bandar mesra alam menerusi satu inisiatif untuk memelihara pelbagai hidup-hidupan atau biodiversiti yang akan diusahakan Lembaga Taman Negara (NParks).
Inisiatif yang diberi nama, Youth@SGNature itu bertujuan mendekati sekitar 25,000 belia berusia antara 15 dengan 25 tahun setiap tahun menerusi pelbagai program seperti reka bentuk taman, tinjauan biodiversiti dan program mentor.