Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peluang lebih tinggi bagi pemohon pertama dapat flat BTO

Aug 28, 2022 | 05:30 AM



PEMOHON kali pertama kini mempunyai peluang lebih tinggi untuk mendapatkan flat Bina Ikut Tempahan (BTO) di estet tidak matang, bermula dengan pelancaran penjualan mendatang pada Selasa ini.



Sekurang-kurangnya 95 peratus daripada flat empat bilik dan flat BTO lebih besar di estet tersebut akan diketepikan buat keluarga kali pertama, naik daripada 85 peratus, kata Kementerian Pembangunan Negara (MND) dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) semalam.



Kuota peruntukan buat keluarga kali pertama bagi bekalan flat tiga bilik di estet tidak matang juga akan meningkat kepada sekurang-kurangnya 85 peratus, naik daripada 70 peratus.



Tiada perubahan pada kuota peruntukan buat bekalan flat BTO di estet matang. Pada masa ini, sekurang-kurangnya 95 peratus flat di estet matang diketepikan kepada keluarga kali pertama.



Selain itu, sehingga 65 peratus flat flexi dua bilik bukan senior di estet tidak matang akan diketepikan bagi pemohon kali pertama golongan bujang, meningkat daripada 50 peratus.



Penyesuaian pada kuota peruntukan itu adalah untuk memberi pemohon kali pertama "kepastian lebih besar" dalam mendapatkan rumah pertama mereka, kerana kumpulan itu membentuk sebahagian besar permohonan BTO, kata MND dan HDB.



Pada Selasa ini, HDB akan menawarkan kira-kira 4,900 flat dalam tujuh projek BTO di enam estet, termasuk di estet tidak matang Choa Chu Kang, Jurong East dan Woodlands.



Bakinya di estet matang Ang Mo Kio, Bukit Merah dan Tampines.



MND dan HDB menyatakan langkah terbaru itu konsisten dengan pendekatan sebelumnya untuk menyemak semula kuota peruntukan BTO berdasarkan permintaan daripada pemohon kali pertama dan kedua.



Kuota bagi pemohon kali kedua di estet tidak matang telah dinaikkan pada Mac 2012.



HDB juga membuat penyesuaian buat pemohon kali pertama semasa krisis perumahan pada November 2009.



Pemohon kali pertama masih membentuk sebahagian besar permohonan BTO.



"Kami juga menyedari pemohon kali pertama biasanya mempunyai keperluan perumahan lebih mendesak dan segera untuk memulakan rancangan hidup mereka," ujar MND dan HDB.



Dengan penyesuaian baru itu, keluarga pemohon kedua - mereka yang sebelum ini membeli flat bersubsidi - kini mempunyai peluang lebih tipis untuk mendapatkan flat BTO.



MND dan HDB menyatakan pihak mereka akan memastikan keluarga yang memerlukan perumahan bersubsidi akan terus mendapat akses kepada flat BTO, termasuk ibu bapa yang bercerai atau balu yang mempunyai anak serta mereka yang tinggal di flat sewa.



Mereka menasihati pembeli flat awam untuk memaksimumkan peluang mendapatkan flat BTO dengan memohon di estet tidak matang, dan menempah flat apabila diundang berbuat demikian.



Keluarga kali pertama yang tidak berjaya dalam dua atau lebih permohonan flat BTO di estet tidak matang akan diberi peluang undi tambahan bagi permohonan mereka yang berikutnya di estet tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >