Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pembinaan sambungan CRL Punggol bermula, dijangka siap 2032

Oct 10, 2023 | 05:00 PM



Pembinaan telah dimulakan secara rasmi di sambungan Laluan Cross Island (CRL) Punggol, yang akan memendekkan lebih 70,000 perjalanan antara timur laut dan timur Singapura setiap hari.

Perkhidmatan penumpang dijangka bermula menjelang 2032, dengan sambungan 7.3 kilometer ke laluan MRT kelapan Singapura itu terdiri daripada empat stesen: Punggol, Riviera, Elias dan Pasir Ris.

Stesen Punggol akan dihubungkan dengan Laluan Timur Laut (NEL) dan stesen Riviera dihubungkan dengan Laluan LRT Punggol.

Sementara itu, stesen Pasir Ris akan dihubungkan dengan Laluan Timur Barat (EWL).

Berucap di acara pecah tanah yang diadakan di tapak stesen Riviera, Pemangku Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat, berkata penduduk akan dapat melakukan perjalanan antara Punggol dan Pasir Ris dalam 15 minit apabila sambungan itu dibuka, berbanding 40 minit dengan menaiki bas sekarang.

Lebih 40,000 isi rumah dijangka meraih manfaat daripada sambungan tersebut.

Ia juga meningkatkan keterhubungan kereta api ke kawasan membangun seperti Daerah Digital Punggol dan Taman Penerbangan Changi.

Sambungan CRL Punggol akan dihubungkan ke CRL utama di stesen Pasir Ris.

Encik Chee juga mengatakan bahawa sambungan CRL Punggol akan menyediakan cara mudah bagi penduduk dan pengunjung menikmati kemudahan di daerah tersebut, termasuk kawasan hijau seperti Taman Pasir Ris dan Pulau Coney.

Ia juga akan menghubungkan penduduk dengan kawasan perindustrian sedia ada seperti di Pasir Ris, Tampines dan Loyang.

“Ciri mampan stesen sambungan CRL Punggol akan menjadikan MRT sebagai mod perjalanan lebih mesra alam. Apabila sesuai, struktur stesen akan dibina dengan konkrit rendah karbon.

“Panel solar akan digunakan di pintu masuk stesen dan stesen sambungan CRL Punggol akan menggunakan sistem penyejukan hibrid yang memerlukan kurang tenaga untuk memastikan stesen berada pada suhu selesa,” tambah Encik Chee.

Kerja pembinaan fasa pertama laluan itu, yang terdiri daripada 12 stesen dari Aviation Park ke Bright Hill, bermula pada Januari.

Tender fasa kedua laluan tersebut, yang terdiri daripada enam stesen dari Turf City ke Jurong Lake District, sedang dijemput secara berperingkat. Kajian kejuruteraan sedang dijalankan bagi fasa ketiga laluan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >