Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemeriksaan keselamatan di MRT Woodlands pada 30 Nov

Nov 23, 2023 | 05:42 PM



Penumpang yang memasuki stesen MRT Woodlands untuk menaiki Laluan Utara-Selatan (NSL) atau Laluan Thomson-East Coast (TEL) pada 30 November akan diminta berjalan melintasi ‘metal detector’ atau pengesan logam dan barang yang dibawa bagi imbasan mesin X-ray.

Ini adalah sebahagian daripada latihan persediaan kecemasan pengangkutan awam yang akan dijalankan antara 10 pagi dan 4 petang, dalam usaha memperkukuh keselamatan di tempat awam, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan pengendali rel SMRT pada Khamis, lapor The Straits Times (ST).


Mereka yang memasuki stesen yang lebih dekat dengan platform NSL akan diarah ke pintu masuk tambang berhampiran Exit 3.

Mereka yang masuk lebih dekat dengan platform TEL akan terus ke pintu masuk tambang berhampiran Exit 4 untuk pemeriksaan keselamatan.

Semasa latihan, penumpang harus mengambil kira tambahan masa perjalanan.

Mereka yang membawa barang besar mungkin memerlukan lebih banyak masa untuk melepasi pemeriksaan keselamatan.

Kakitangan stesen akan hadir untuk membantu mereka yang berkerusi roda dan orang lain yang ada masalah pergerakan.

Latihan Kawal Stesen adalah sebahagian daripada pergerakan SGSecure nasional untuk membina daya tahan dalam masyarakat terhadap ancaman keselamatan, terutama daripada serangan pengganas, kata kenyataan bersama itu.

Latihan itu juga bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang ancaman keselamatan yang Singapura hadapi dan membiasakan penumpang cara mereka harus bertindak sekiranya berlaku kecemasan.

Latihan Kawal Stesen dijalankan secara berkala sejak 2018 untuk mengesahkan langkah keselamatan, pelan hal luar jangka dan kesediaan operasi di beberapa tempat pengangkutan awam semasa situasi keselamatan yang meningkat.

Latihan serupa telah dijalankan di stesen MRT di Bugis, Ang Mo Kio, Newton, Holland Village, Hougang, Jurong East dan HarbourFront.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >