Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah akan perluas langkah pengurusan selamat kepada lebih banyak tempat

Nov 09, 2021 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan memperluaskan langkah pengurusan selamat berdasarkan status vaksinasi (VDS) kepada lebih banyak tempat demi melindungi individu belum divaksin yang lebih berisiko dijangkiti Covid-19 dan mengalami penyakit teruk.



Sebagai permulaan, VDS akan diperkenalkan bagi rumah penjagaan kediaman, dengan langkah-langkah akan dikenakan bagi perkara seperti kunjungan dan kegiatan bagi penghuni, kata Kementerian Kesihatan (MOH).



Kementerian itu akan mengongsi butiran lanjut kelak.



Di samping itu, pemerintah juga akan meneroka usaha untuk melonggarkan lagi langkah pengurusan selamat bagi tempat yang dapat menguatkuasakan kedua-dua VDS dan ujian prakegiatan.



Di bawah rejim ini, individu mesti sudah divaksin sepenuhnya dan akan perlu menunjukkan hasil ujian pantas antigen (ART) negatif yang sah sebelum boleh melakukan kegiatan.



Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, semasa sidang media Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi menangani Covid-19 semalam, berkata mereka akan merintis protokol baru itu dengan sukan berkumpulan.



"Kumpulan sehingga 10 orang yang divaksin sepenuhnya dan telah diuji sebelum itu akan dibenarkan mengambil bahagian dalam sukan berkumpulan, sama ada bola sepak, bola keranjang, dan di beberapa pusat ActiveSG Sports dan kelab masyarakat terpilih.



"Kami juga akan menjalankan usaha perintis bagi acara sukan dan acara mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (Mice) terpilih, tertakluk pada keperluan semua peserta divaksin sepenuhnya dan menjalani ART," kata beliau.



"Jika usaha perintis ini berjaya, kami akan mempertimbang untuk melanjutkan protokol baru VDS dengan ART ini kepada tempat lain agar kita boleh mengembalikan semula lebih banyak kegiatan secara bertahap-tahap dan selamat," tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >