Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah, majikan dan kesatuan perlu saling percaya: Presiden Halimah

Faktor penting untuk kerjasama tiga pihak berfungsi dengan baik
Apr 01, 2022 | 05:30 AM



KEPERCAYAAN antara pemerintah, majikan dan kesatuan sekerja faktor penting untuk kerjasama tiga pihak berfungsi dengan baik, kata Presiden Halimah Yacob.



Beliau berkata perlu ada kepercayaan bahawa pemerintah akan bersikap adil dalam berurusan dengan pekerja dan majikan, dan tidak berat sebelah kepada satu pihak.



Perlu ada kepercayaan juga bahawa hasil sistem tiga pihak akan memberi manfaat kepada pekerja juga dan bukan segmen masyarakat tertentu sahaja.



Berkata demikian semasa satu dialog bersama 30 pemimpin kesatuan Young NTUC (Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan) di Istana semalam, Puan Halimah menambah bahawa ada tanggungjawab untuk memastikan kepercayaan dikekalkan dalam hubungan tiga pihak itu.



Dialog itu adalah yang keempat diadakan bersama pemimpin kesatuan dan yang pertama secara fizikal sejak pandemik Covid-19 melanda.



Puan Halimah berkata matlamat kesatuan ialah memastikan pekerja dilayan dengan baik dan adil dan mendapat bahagian saksama dalam kemajuan serta pembangunan ekonomi.



Majikan pula mahu keuntungan lebih baik dan melihat syarikat mereka tumbuh.



Jika pekerja berasa mereka terlibat dalam proses mencapai matlamat itu dan mendapat bahagian saksama daripada hasilnya, mereka akan bekerja dengan lebih baik.



"Apabila dua pihak dalam kerjasama tiga pihak ini boleh percaya satu sama lain dan memastikan mereka boleh bekerjasama secara harmoni bagi memberi manfaat kepada satu sama lain, tentunya matlamat pemerintah ialah memastikan pertumbuhan dan pembangunan ekonomi serta perwujudan pekerjaan dapat dicapai," kata beliau.



Dalam dialog itu, Puan Halimah turut menjawab soalan lain, seperti keprihatinan tentang lebih ramai orang melakukan pekerjaan bebas, dan peri penting sokongan kesihatan mental.



Berkongsi pandangan beliau tentang jumlah belia yang melakukan pekerjaan bebas semakin meningkat, Puan Halimah berkata ada belia melakukan pekerjaan sedemikian kerana ingin meraih pengalaman lebih luas dan berbeza, dan ada pula mungkin tidak boleh memberi komitmen kepada jadual kerja yang ditetapkan dek tanggungjawab keluarga.



Yang menjadi keprihatinan ialah mereka yang melakukan pekerjaan bebas kerana tidak boleh mendapatkan pekerjaan tetap dan sepenuh masa.



Puan Halimah berkata bantuan harus dihulurkan kepada golongan ini, dan ada banyak skim sedia ada bagi menolong mereka mendapat pekerjaan sepenuh masa.



Menyentuh tentang kesihatan mental di tempat kerja, Puan Halimah berkata program sokongan kesihatan mental amat penting dan ia mesti disokong majikan di tempat kerja.



"Kesihatan mental lemah di tempat kerja menyebabkan kehilangan besar dalam produktiviti… Oleh itu, menyedari kepentingan kesihatan mental adalah penting di tempat kerja, melaksana proses dan sistem untuk menyokong pekerja adalah amat penting.



"Ia bukan soal kesejahteraan pekerja sahaja, malah kesejahteraan syarikat juga," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >