Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah sedia campur tangan pastikan perumahan dimampui

Desmond Lee: Pasaran akan dipantau dan sesuaikan dasar agar harga bergerak sejajar dengan asas ekonomi
Oct 05, 2022 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan campur tangan dan lakukan apa yang diperlukan - seperti meredakan pasaran hartanah - untuk memastikan perumahan awam dimampui warga Singapura dan pasaran hartanah kekal stabil.



Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, menarik perhatian bahawa ini pendekatan yang diambil pemerintah selama ini.



"Kami akan melakukannya dengan tegas tetapi juga berhati-hati, dengan kesedaran akan ramalan ekonomi sedunia yang tidak menentu serta sekitaran kadar faedah yang meningkat, yang akan menjejas harga rumah dan menyumbang kepada ketidakpastian dalam pasaran hartanah.



"Kami akan terus memantau pasaran dengan rapat dan menyesuaikan dasar kami mengikut keperluan bagi permintaan dan bekalan perumahan, untuk memastikan harga bergerak sejajar dengan asas ekonomi secara umumnya," ujar Encik Lee.



Beliau berkata demikian di Parlimen semalam semasa menjawab pertanyaan Encik Yip Hon Weng (Yio Chu Kang) yang ingin tahu apakah langkah yang sedang diambil untuk menangani sentimen yang kian bertambah bahawa pasaran hartanah Singapura tidak dimampui orang ramai.



Encik Yip juga bertanya sama ada kemampuan flat HDB harus disandarkan pada pendapatan isi rumah median atau penunjuk lain serta apakah langkah lain yang akan diambil pemerintah untuk memastikan perumahan kekal dimampui bagi warga negara ini, sekiranya keadaan pasaran perumahan tidak bertambah baik.



Encik Lee menarik perhatian bahawa harga purata sebuah flat empat bilik baru di estet bukan matang rata-rata kekal stabil pada harga $341,000 pada 2019 dan $348,000 bagi tiga suku pertama tahun ini.



Malah, untuk memastikan flat baru kekal dimampui, subsidi pasaran juga telah ditambah, ujarnya.



Menjawab pertanyaan Encik Yip untuk mempertimbang tanda aras yang berbeza itu, Encik Lee berkata tanda aras kemampuan pihak berkuasa bukan hanya mempertimbangkan pendapatan median kerana terdapat pelbagai jenis flat Bina Ikut Tempahan (BTO) bagi pembeli rumah kali pertama dengan keperluan perumahan dan bajet berbeza.



Memberi contoh isi rumah pembeli flat kali pertama yang meraih pendapatan isi rumah $5,000 sebulan, beliau berkata mereka boleh membeli flat empat bilik di tiga estet bukan matang yang mempunyai projek flat BTO dilancarkan Ogos lalu, iaitu di Jurong East, Woodlands dan Choa Chu Kang.



Selepas mengambil kira geran sebanyak $45,000, mereka perlu menggunakan 23 peratus daripada pendapatan bulanan mereka untuk membayar pinjaman perumahan itu dan ini bermakna mereka boleh membayar hutang pinjaman itu dengan sumbangan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) tanpa perlu mengeluarkan wang tunai.



Ini bermakna nisbah harga rumah berbanding pendapatan (HPI) bagi keluarga ini ialah 5, yang bermakna harga rumah mereka adalah sekitar lima kali pendapatan isi rumah tahunan mereka, kata Encik Lee.



"Sebagai perbandingan meluas, nisbah harga rumah median kepada pendapatan isi rumah median di bandar lain seperti London, Los Angeles dan Sydney adalah lebih tinggi, antara 8 hingga 15. Di Hong Kong, (nisbahnya) lebih 20 kali," ujarnya.



Bagi flat jualan semula, Encik Lee berkata pemerintah juga menyediakan geran perumahan hingga $160,000 untuk memastikan ia kekal dimampui bagi keluarga pembeli flat kali pertama yang layak.



Tambahnya, geran ini kerap disemak untuk memastikan flat jualan semula terus dimampui.



Bercakap tentang langkah penyejukan pasaran hartanah yang diumumkan pemerintah pada 30 September lalu, Encik Lee berkata ini juga bertujuan memastikan flat HDB kekal dimampui serta menggalak pembeli mengambil pinjaman secara berhati-hati di tengah-tengah sekitaran kadar faedah yang meningkat sekarang.



Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP), Cik Hazel Poa, turut tampil bertanya sama ada pemerintah telah menjalankan atau akan menjalankan kajian berhubung kesan harga perumahan awam yang meningkat pada perkahwinan dan kadar kesuburan.



Sementara pemerintah belum menjalankan kajian sedemikian, Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Cik Indranee Rajah, yang juga Menteri Kedua (Kewangan merangkap Pembangunan Negara), berkata tinjauan dan usaha pendekatan yang kerap dijalankan menunjukkan bahawa ramai pasangan terus beraspirasi memiliki rumah sendiri sebelum memulakan keluarga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >