Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah tidak akan biarkan mutu sistem S’pura merosot, dicemari rasuah: PM Lee

Nov 05, 2023 | 06:48 PM



Komitmen parti pemerintah Parti Tindakan Rakyat (PAP) terhadap prinsip kejujuran dan tiada amalan rasuah “sama sekali tidak boleh dirunding”, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, pada Ahad.

Beliau turut menekankan perlunya Singapura memiliki integriti yang tinggi dan tadbir urus yang cekap.

“Singapura ialah tempat yang kecil. Sistem kita berfungsi dengan baik,” kata Encik Lee kepada lebih 1,000 anggota PAP di Konvensyen Dwitahunan PAP di Singapore Expo.

“Jika anda melakukan sesuatu yang salah, lambat laun ia akan terbongkar. Apabila ia berlaku, anda akan disiasat. Jika terbukti anda melakukan kesalahan, anda akan disingkir dan akan ada akibatnya,” jelas beliau.

Encik Lee, setiausaha agung PAP, berkata prinsip ini diamalkan bukan sahaja untuk menteri atau pemimpin parti, malah setiap anggota parti.

Beliau turut mengingatkan hadirin supaya tidak menyalah guna jawatan mereka atau menerima sebarang rasuah.

“Memang memalukan. Ia salah.

“Ingat, anda anggota Parti Tindakan Rakyat, dan nama parti menyatakan segalanya – tanggungjawab anda adalah untuk berkhidmat kepada orang ramai, bertindak bagi pihak orang ramai dan bukan untuk diri sendiri,” tambahnya, sambil menekankan perlunya menjauhkan pengaruh rasuah dari Singapura.

“Integriti dan kejujuran kita tidak boleh dikompromi. Hanya dengan cara itu kita boleh melaksanakan keadilan dan menegakkan amanah yang diberi oleh rakyat Singapura kepada kita,” ujar Encik Lee.

Beliau menarik perhatian kepada penyiasatan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) terhadap seorang menteri – rujukan terselindung kepada siasatan kes rasuah terhadap Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran yang kini diberi cuti ketidakhadiran sehingga siasatan selesai.

“Walau bagaimana ketat pun disiplin kita, walau bagaimana tekun pihak penguatkuasaan kita, lumrah sifat manusia, di suatu tempat dan suatu ketika, seseorang akan tergoda dan tersasar,” jelas beliau.

Encik Lee menambah: “Kita mesti membuktikan kecekalan kita, melaksanakan prinsip kita, terutama sekali ketika kita diuji, tanpa mengambil kira rasa malu atau kos politik.”

Beliau menggesa anggota PAP untuk menunjukkan kepada rakyat Singapura dan dunia bahawa standard parti itu kekal tinggi.

Encik Lee turut merujuk kepada kes pengubahan wang haram berjumlah $2.8 bilion di sini, dipercayai antara yang terbesar di dunia.

Dalam kes itu, seramai sembilan lelaki dan seorang wanita telah ditahan dan didakwa atas kesalahan termasuk pengubahan wang haram, pemalsuan dan menentang penangkapan.

Beliau berkata seorang wartawan telah bertanya kepadanya sama ada usaha menggalak pembentukan ‘pejabat keluarga’, iaitu, pejabat pengurusan aset bagi keluarga mewah dan industri kewangan di sini, telah membuat Singapura menurunkan piawaiannya dalam usaha menarik “wang kotor”.

“Jawapan saya ialah: Tidak pada seumur hidup anda,” kata Encik Lee.

Selain soal integriti, satu lagi prasyarat asas untuk PAP ialah tadbir urus yang jelas dan kukuh, katanya.

Beliau berkata parti itu dipilih bukan hanya untuk menyandang jawatan, menjadi popular, atau sekadar memperoleh kuasa.

“Kami berjuang untuk membentuk pemerintah, supaya kami boleh berkhidmat kepada rakyat Singapura, membuat keputusan bagi pihak mereka, menyelesaikan masalah mereka, memperbaiki kehidupan mereka, dan sentiasa mengawasi negara untuk memastikan ia sentiasa selamat dan terjamin,” jelas beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >