Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemohon kali pertama flat HDB boleh manfaat geran dipertingkat hingga $80,000

Aug 31, 2022 | 05:30 AM



PEMOHON kali pertama yang layak boleh meraih manfaat daripada Geran Perumahan CPF Dipertingkat (EHG) hingga $80,000 dan membayar serendah $113,000 bagi sebuah flat tiga bilik di Woodlands dan $217,000 bagi sebuah flat empat bilik di Choa Chu Kang dalam pelancaran flat Bina Ikut Tempahan (BTO) yang terkini oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).



Kebanyakan pembeli rumah akan dapat memampui flat-flat yang ditawarkan, kata HDB, menggunakan kurang daripada 25 peratus pendapatan isi rumah bulanan mereka untuk membayar ansuran pinjaman.



Ini bermakna, kebanyakan pembeli flat kali pertama akan dapat melunaskan gadai janji mereka menggunakan caruman CPF bulanan mereka, dengan tiada atau sedikit bayaran tunai.



Pelbagai pilihan flat, daripada fleksi dua bilik kepada lima bilik dan flat tiga generasi, ditawarkan dalam penjualan BTO Ogos ini, di mana HDB melancarkan sejumlah 4,993 flat.



Flat-flat itu diberikan subsidi tinggi dan harganya lebih rendah berbanding harga flat jualan semula berdekatan yang setanding, kata HDB.



Bagi flat fleksi dua bilik, harganya juga mencerminkan tempoh pajakan yang dipilih, tambahnya.



Di estet matang Ang Mo Kio, 896 flat fleksi dua bilik, empat bilik, lima bilik dan tiga generasi dijual di lima blok di Central Weave @ Ang Mo Kio di tapak yang bersempadan dengan Ang Mo Kio Avenue 8 dan Ang Mo Kio Central 2 dan 3.



Harga bermula dari $535,000 untuk flat empat bilik dan $720,000 untuk flat lima bilik.



Projek ini dianggarkan siap pada suku kedua 2028.



Di estet matang Tampines, 267 flat empat bilik dan lima bilik ditawarkan di Sun Plaza Spring, di tapak yang bersempadan dengan Tampines Street 41 dan Tampines Street 42.



Harga bermula dari $381,000 untuk flat empat bilik dan $520,000 untuk flat lima bilik.



Projek itu dianggarkan siap pada suku kedua 2026.



Terdapat tiga projek di estet tidak matang dalam pelancaran ini.



Di Woodlands, 630 flat fleksi dua bilik, tiga bilik dan empat bilik ditawarkan di enam blok di Woodlands South Plains. Tapak ini bersempadan dengan Woodlands Avenue 1 dan Woodlands Drive 17.



Harga bermula dari $188,000 untuk flat tiga bilik dan $303,000 untuk flat empat bilik.



Projek itu dianggarkan siap pada suku pertama 2027.



Di Choa Chu Kang, 987 flat fleksi dua bilik, tiga bilik, empat bilik dan lima bilik ditawarkan di Keat Hong Grange, di tapak berhampiran ITE Kolej Barat.



Harga bermula dari $277,000 untuk flat empat bilik dan $390,000 untuk flat lima bilik.



Projek itu dianggarkan siap pada suku keempat 2026.



Di Jurong East, 562 flat fleksi dua bilik, tiga bilik dan empat bilik ditawarkan di Jurong East Breeze, di tapak di sepanjang Jurong East Centre dan Ekspreswe Rentas Pulau (PIE).



Harga bermula dari $194,000 untuk flat tiga bilik dan $283,000 untuk flat empat bilik.



Projek itu dianggarkan siap pada suku kedua 2028.



Permohonan flat bagi pelancaran kali ini ditutup pada 5 September di portal flat HDB. Flat akan diperuntukkan melalui pengundian.



November ini, sekitar 9,500 flat BTO akan ditawarkan di bandar-bandar seperti Bukit Batok, Kallang Whampoa, Queenstown, Tengah dan Yishun.



HDB berkata ia berada di landasan untuk melancarkan hingga 23,000 flat baru tahun ini.



Februari depan, sekitar 2,900 hingga 3,900 flat BTO akan ditawarkan di Kallang Whampoa, Queenstown dan Tengah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >