Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemohon kali pertama miliki peluang baik tempah flat BTO setelah 40 peratus pemohon yang diundang tolak tawaran: HDB

Jun 26, 2022 | 03:26 PM



SEKITAR 40 peratus pemohon yang ditawarkan untuk menempah flat Bina Ikut Tempahan (BTO) akhirnya menolak tawaran tersebut.



Lantas, ia membuka peluang lebih tinggi buat pemohon yang benar-benar ingin mendapatkan flat itu di sebalik permintaan yang mantap bagi flat BTO.



Menjelaskan demikian dalam satu kenyataan pada Ahad (26 Jun), Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) berkata pemohon yang diundang bagi menempah flat harus mengambil tawaran itu dalam keadaan permintaan perumahan yang tinggi sejak tempoh dua tahun lalu.



Bagi mereka yang telah menolak peluang menempah flat dalam latihan BTO atau Penjualan Flat Baki (SBF), mereka perlu akur bahawa sebarang peluang tambahan membuat undian flat, yang terkumpul daripada permohonan yang tidak berjaya sebelum ini, akan ditetapkan kembali pada sifar.



Dalam beberapa projek BTO yang lebih popular, hingga 16 pemohon bersaing bagi mendapatkan setiap daripada flat empat bilik yang ada.



HDB juga berkata bahawa empat dalam 10 projek BTO pada 2020 dan 2021 mempunyai kadar permohonan 1.7 atau lebih rendah daripada itu, bererti setiap unit hanya mempunyai 1.7 pemohon atau kurang daripada itu yang bersaing bagi mendapatkannya.



Flat ini terdiri daripada unit tiga hingga lima bilik dan bertempat di kededua estet matang dan belum matang.



Kata HDB:

“Dengan kadar permohonan sebegini, pemohon kali pertama mempunyai peluang yang baik untuk diundang bagi menempah flat ini.”



Terdapat sekitar 19 projek BTO yang mempunyai flat dengan kadar permohonan kali pertama sebanyak 1.7 atau lebih rendah daripada itu, tambah HDB.



Bagi tujuh daripada 19 projek ini, masa menanti bagi flat berkenaan lebih singkat iaitu kurang daripada tiga tahun.



HDB berkata:

“Masa menunggu bagi projek BTO yang dilancarkan pada 2021 dan 2020 secara umum adalah antara tiga hingga lima tahun.



“Malahan, masa menunggu median projek BTO yang dilancarkan pada 2021 adalah 3.8 tahun, iaitu lebih rendah daripada 4.5 tahun bagi projek yang dilancarkan pada 2020.”



Lokasi bagi projek BTO ini termasuk  kawasan di Bukit Batok, Jurong West dan Tengah bagi estet belum matang dan di Tampines bagi estet matang.



HDB menggalakkan pembeli flat untuk mempertimbangkan kemungkinan memohon bagi projek BTO di estet belum matang atau projek dengan bekalan flat lebih besar, bagi menambah peluang menempah flat yang diinginkan.



Kata HDB lagi:



“Pemohon kali pertama yang gagal dalam dua atau lebih percubaan untuk mendapatkan flat BTO di estet belum matang akan diberi peluang undian tambahan bagi permohonan selanjutnya untuk flat BTO di estet belum matang.



“Mengikut rekod kami, hampir semua pemohon kali pertama flat BTO di estet belum matang mempunyai peluang menempah flat dalam tiga percubaan pertama mereka.” 



HDB juga telah menasihati pemohon agar memeriksa laman webnya, di mana sejak pelaksanaan jualan sekitar Mei 2022, ia telah mengeluarkan kadar permohonan median bagi pelbagai projek BTO.



“Pemohon digalakkan agar merujuk pada kadar permohonan median dan mempertimbang kategori flat dengan kadar permohonan lebih rendah, bagi memperbaiki peluang mendapatkan flat mereka,” jelas HDB.



Mereka yang mempunyai pilihan lokasi khusus atau keperluan perumahan lebih mendesak mungkin boleh mempertimbangkan untuk membeli flat jualan semula pada pasaran terbuka, di mana mereka berpeluang mendapatkan geran perumahan  hingga $160,000.



HDB berkata ia akan terus memastikan perumahan awam kekal mampu dimiliki dan mudah diakses  warga Singapura, terutamanya keluarga yang kali pertama memohon flat mereka.

 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >