Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penduduk Kampung Amber anjur majlis temu pertama selepas 50 tahun

May 29, 2022 | 05:30 AM



SEKIAN lama sudah tidak bersua. Apabila berjumpa, semua kisah lama dikongsi sama.



Bagi sekitar 90 bekas penduduk Kampung Amber berdekatan Marine Parade, semalam merupakan kali pertama kebanyakan mereka bertemu buat kali pertama - sekitar 50 tahun selepas rumah terakhir di kawasan tersebut dirobohkan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembangunan.



Mereka bertemu di Majlis Perjumpaan Hari Raya Kampung Amber Geng yang berlangsung di Dewan Manhattan, Anggun by Mastura di Stevens Road.



Ternyata kenangan lama mengusik jiwa. Rata-rata hadirin ke majlis itu tersenyum lebar apabila bertemu jiran dan sahabat lama kampung tersebut.



Kedengaran tawa riang, perkongsian kisah lama di antara mereka selain alunan muzik dan lagu Hari Raya.



Seperti Encik Rohan Kamis, 73 tahun, yang pernah tinggal di unit 114E di kampung tersebut.



Beliau yang tiba ke majlis itu sendirian berkata kisah-kisah lama timbul semula tatkala bertemu "orang kampung lama".



"Saya pernah tinggal di kampung tersebut selama 28 tahun sejak 1949.



"Dan selepas berpindah dari kampung tersebut pada 1977, jarang sekali saya berhubung dengan yang lain.



"Hanya sekali-sekala jika ada majlis kahwin atau terserempak dengan mereka di luar, barulah kami berhubungan," kata mantan Anggota Parlimen (AP) Telok Blangah antara 1979 dengan 1984.



Seorang lagi bekas penduduk kampung itu, Encik Selamat Kadari, 76 tahun pula melahirkan rasa senangnya dengan acara sedemikian memandangkan ia peluang menjalin semula ikatan silatulrahim yang terputus sejak sekian lama.



"Semasa saya keluar dari kampung itu, usia saya sekitar 28 apabila saya baru berumah tangga. Kini saya sudah mempunyai tiga anak dan empat cucu.



"Jadi bila jumpa orang kampung lama, timbul semua kisah lama," ujar pesara dan ketua penganjur acara itu lagi.



Acara yang berlangsung selama tiga jam itu antara lain menyajikan persembahan nyanyian serta kuiz yang menguji pengetahuan peserta mengenai Kampung Amber, selain sajian makanan yang disediakan.



Penolong ketua jawatankuasa penganjur acara itu, Cik Farah Fauziah Mohd Noordeen, 65 tahun, berkata beliau mengambil masa sekitar dua bulan untuk menjejaki bekas penduduk kampung itu dan memberitahu mereka tentang acara yang diadakan buat julung-julung kalinya itu.



"Saya gunakan media sosial untuk jejak mereka. Ada yang dapat dijejak menerusi anak-anak mereka, ada pula memang saya punyai nombor telefon mereka, dan tidak kurang juga saya dapatkan sahabat sekampung lain untuk sama-sama menjejak yang lain-lain," katanya yang mendapat sokongan orang kampung lamanya untuk sama-sama menguruskan majlis tersebut.



Menurutnya antara mereka yang pernah menetap di kampung tersebut termasuk personaliti seperti Jatt Ali dan Najip Ali.



Terdapat juga beberapa anggota masyarakat bukan Melayu yang turut serta dalam acara itu.



Salah seorang daripada mereka, Encik Nelson Ng, 77 tahun, yang datang sendirian.



Menceritakan kisah lama di kampung tersebut, Encik Ng yang pernah tinggal di unit 91 kampung tersebut berkata majlis tersebut memberinya peluang bertemu dan mengetahui keadaan bekas penduduk kampung tersebut.



"Saya tiada masalah untuk beramah mesra dengan para penduduk dan berbahasa Melayu dengan mereka.



"Sebabnya ia menjadi bahasa harian saya semasa duduk di kampung itu selama 17 tahun," jelas pesara dan bapa dua anak itu lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >