Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Penduduk tidak celik digital dibimbing guna khidmat digital

Josephine Teo: Lebih 210,000 warga emas telah ikuti program 'Seniors Go Digital' agar celik digital
Dec 01, 2022 | 05:30 AM



LEBIH 210,000 warga emas telah menyertai program 'Seniors Go Digital', yang membantu mereka membangunkan kecelikan digital, sejak 2020, kata Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, di Parlimen semalam.



Banyak agensi juga menyediakan perkhidmatan secara peribadi dan pusat hubungan untuk membantu mereka yang mungkin menghadapi kesukaran berkaitan perkhidmatan dalam talian pemerintah, kata beliau.



Cik Teo berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Encik Lim Biow Chuan (Mountbatten) tentang cara pemerintah membantu penduduk tidak celik digital berkaitan perkhidmatan digital.



Encik Lim juga bertanya bagaimana agensi pemerintah berkomunikasi dengan penduduk tidak mempunyai e-mel.



"Pemerintah mengakui sepenuhnya bahawa tidak semua orang selesa menggunakan alat digital. Pejabat Digital SG ditubuhkan pada Jun 2020 untuk menyokong penggunaan alat dan kemahiran digital asas dalam kalangan individu kurang mahir digital," kata Cik Teo.



Beliau berkata penduduk boleh mengunjungi hab masyarakat SG Digital di perpustakaan dan pusat masyarakat tertentu untuk menerima latihan secara peribadi atau dalam kumpulan kecil tentang kemahiran digital.



Ini boleh termasuk panduan keselamatan siber tentang cara kekal selamat dalam talian, serta cara menggunakan telefon bijak atau membuat pembayaran dalam talian, tambahnya.



Perkhidmatan Awam juga telah menubuhkan lima Pusat ServiceSG untuk berfungsi sebagai pusat fizikal sehenti di mana pegawai boleh membimbing penduduk mengenai transaksi digital dan membantu mereka melakukan perkhidmatan pemerintah yang kerap digunakan merentas 20 agensi, kata Cik Teo.



Beliau berkata sedang penggunaan saluran komunikasi digital pemerintah telah meningkat, saluran luar talian "kekal penting" untuk berkomunikasi dengan penduduk kurang arif digital.



"Selain penerbitan akhbar dan siaran percuma melalui televisyen dan radio, banyak agensi pemerintah memaklumkan penduduk tentang pengumuman dasar utama melalui surat, melalui panel paparan digital di blok HDB dan juga melalui lawatan ke rumah," kata Cik Teo.



Sebagai contoh, Pejabat Generasi Warga Emas mendekati penduduk untuk menyampaikan dasar-dasar pemerintah dan membimbing warga emas yang memerlukan pertolongan membuat permohonan bagi skim bantuan digital dalam talian.



"Walaupun semakin banyak perkhidmatan didigitalkan, pemerintah kekal komited untuk mengekalkan sebuah masyarakat inklusif dan akan terus memastikan penduduk boleh berkomunikasi dan berurus niaga dengan pemerintah tanpa mengira keupayaan digital mereka,"` katanya.



Dalam soalan tambahannya, Encik Lim mengongsi contoh seorang penduduknya yang mendapati sukar memfailkan aduan dalam talian kepada Pusat Huraian Pertikaian Masyarakat.



"Apakah yang boleh dilakukan oleh seorang penduduk warga emas, tidak celik huruf, dan yang tidak dapat memahami cara membuat permohonan bagi perkhidmatan pemerintah? Apakah yang boleh mereka lakukan dalam situasi seperti itu?" tanya Encik Lim.



"Kerana beliau cuba pergi ke mahkamah dan perkhidmatan yang diberikan tidak begitu sesuai, dan beliau terus menghadapi kesukaran," tambahnya.



Cik Teo menasihati Encik Lim supaya menggalak penduduknya menghubungi Pusat ServiceSG atau mendapatkan bantuan di 38 pusat masyarakat yang menawarkan bantuan serupa.




"Walaupun semakin banyak perkhidmatan didigitalkan, pemerintah kekal komited untuk mengekalkan sebuah masyarakat inklusif dan akan terus memastikan penduduk boleh berkomunikasi dan berurus niaga dengan pemerintah tanpa mengira keupayaan digital mereka."



- Cik Josephine Teo, Menteri Perhubungan dan Penerangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >