Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

berita

Penerima biasiswa PSC terdorong pertingkat kehidupan golongan belia susah

Jul 19, 2023 | 08:33 PM



Integriti, kejujuran dan ingin berkhidmat kepada negara dan masyarakat.

Demikian nilai-nilai peribadi yang mendorong Encik Farezuan Zulkifli, 21 tahun, untuk memohon biasiswa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (PSC).

Beliau antara 66 penerima biasiswa PSC yang menerima anugerah itu daripada Menteri Pendidikan merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam, Encik Chan Chun Sing, pada Rabu di Pusat Ekspo & Konvensyen Sands.

“Saya memohon biasiswa itu pada 2020 dan berjaya mendapatnya pada 2021. Tapi saya memohon menangguh penerimaannya kerana saya ingin menjalani Perkhidmatan Negara dahulu,” kata Encik Farezuan.

Bekas pelajar Institusi Raffles (RI) itu akan mengikuti pengajian Ekonomi di London School of Economics and Political Science di United Kingdom.

Menurut Encik Farezuan, keluarga, rakan rapat dan guru sekolahnya memainkan peranan penting memberi beliau galakan memohon biasiswa PSC dan berkhidmat kepada masyarakat dan negara.

Encik Farezuan berkata minatnya membantu masyarakat dicetus oleh guru Bahasa Melayu beliau, Cik Norlinsah Ismail, yang memulakan kerjayanya dalam bidang pendidikan kerana ingin membawa perubahan dalam kehidupan belia semasa tahun pembentukan mereka.

“Saya berasa guru Bahasa Melayu saya memainkan peranan yang sangat penting ketika di sekolah menengah semasa beliau mengajar saya Bahasa Melayu dari Menengah 1 hingga Menengah 4.

“Beliau bukan sahaja menyampaikan ilmu bahasa, bahkan banyak berkongsi kebijaksanaan dan kata-kata nasihat. Beliau sentiasa menekankan peri pentingnya untuk sentiasa merendah diri dan tidak melupakan asal usul kita,” kata Encik Farezuan.

Encik Farezuan juga meluangkan masa sebagai sukarelawan dalam beberapa program kemasyarakatan seperti di KidsCount @ Bedok – sebuah program Youth Corps Singapore dengan kerjasama Pejabat Perkhidmatan Sosial @ Bedok – menyediakan bantuan pembelajaran untuk kanak-kanak yang ketinggalan di sekolah dengan mengajar konsep matematik secara lebih menarik dan menyeronokkan.

Antara pengalaman paling ketara baginya ialah semasa beliau membantu di Rumah Kanak-kanak Pertapis. Ia membuka matanya terhadap kesusahan dan isu yang dihadapi para belia dan kanak-kanak. Beliau harap dapat terus menyokong selepas tamat pengajian.

“Melihat masalah yang mereka hadapi amat menyentuh hati. Saya terdorong memberi mereka dorongan dan sokongan mengejar impian yang lebih besar dan didedahkan kepada peluang yang ada di sekeliling mereka.

“Ia akan menjadi sesuatu yang sangat bermakna buat saya jika saya dapat memberi sedikit panduan kepada golongan belia ini,” kata Encik Farezuan yang tinggal di flat lima bilik di Pasir Ris bersama ibu bapa dan kakaknya.

Beliau memohon biasiswa PSC kerana nilai dan cita-citanya selaras dengan peribadinya.

“Bagi saya, nilai yang sangat penting ialah integriti kerana saya rasa penting untuk jujur kepada diri sendiri. Jika kita bertindak tidak mengikut watak kita sendiri dan tidak mempunyai integriti, ia tidak benar-benar membawa nilai atau makna kepada hidup saya,” kata Encik Farezuan.

Beliau memilih untuk belajar dalam jurusan Ekonomi kerana berasa ia “satu disiplin yang boleh membentuk pandangan dunia saya, memberi perspektif seimbang dan akan membuka kepada lebih banyak peluang kepada saya untuk menyumbang dalam bidang penggubalan dasar”.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >