Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penjara dua tahun bagi lelaki muat turun lebih 13,600 fail pornografi budak, termasuk bayi

Mar 29, 2023 | 05:30 AM



SEORANG lelaki yang disifatkan pihak pendakwa sebagai mempunyai nafsu buas terhadap pornografi kanak-kanak dipenjara dua tahun pada Selasa kerana memuat turun lebih 13,600 fail mengandungi bahan penderaan kanak-kanak.



Ansari Abdul Amin, 36 tahun, yang menonton video seks melibatkan bayi, kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki di bawah umur 11 tahun melakukan hubungan seks dengan orang dewasa, mengaku bersalah atas satu pertuduhan memiliki bahan penderaan kanak-kanak.



Dia juga memperdagang bahan sedemikian antara 2016 dengan 2021 dengan menghantar mesej kepada pengguna yang tidak dikenali di Telegram yang menawarkan koleksi pornografi kanak-kanak mereka secara terbuka.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP Bryan Wong berkata antara 2013 dengan 2014, Ansari mula menonton pornografi di Telegram, lapor The Straits Times.



Dia menyimpan foto dan video sedemikian sama ada dengan memuat turunnya ke telefon bimbitnya atau mengimportnya ke dalam akaunnya di Mega, perkhidmatan simpanan berasaskan awan.



Dia mencipta akaunnya pada 2016 dan, apabila ia melebihi kapasiti simpanan yang diperuntukkan, dia mencipta akaun kedua pada 2017.



Ansari kali pertama melihat bahan penderaan kanak-kanak antara 2014 dengan 2015, apabila dia memuat turun bahan tersebut daripada kumpulan sembang Telegram.



Dia memadam fail-fail itu selepas menontonnya kira-kira dua atau tiga kali seminggu, selama sekitar 30 minit setiap sesi, kata DPP Wong.



Dia juga menyimpan salinan bahan tersebut pada akaun Meganya untuk tontonannya sendiri.



DPP Wong berkata Ansari akan menukar bahan penderaan kanak-kanak dengan pengguna lain di Telegram, kemudian memadamkan log sembangnya pada aplikasi tersebut.



Ansari ditangkap pada 18 Okt 2021 di tempat kerjanya, berikutan maklumat bahawa dia telah memuat turun bahan penderaan kanak-kanak.



Mahkamah tidak menyebutkan tentang pekerjaannya.



Memohon hukuman penjara dua hingga dua setengah tahun ke atas Ansari, DPP Wong berkata kerakusan tertuduh terhadap bahan sedemikian tidak dapat dipuaskan dan telah menjangkau sekitar lima tahun.



Merayu bagi hukuman lebih ringan, Ansari berkata dalam mitigasi:



"Saya tidak menjangka perkara akan menjadi seperti ini."



Apabila Hakim Daerah Kanan Bala Reddy bertanya kepadanya apa yang dia maksudkan dengan perkara itu, Ansari berkata:



"Pada masa itu, saya tidak memikirkan tentang ibu bapa saya. Dalam tempoh itu, saya sudah berkahwin dan saya tidak melakukan sebarang aktiviti seksual dengan isteri saya."



Hakim lalu berkata: "Ini adalah penderaan seksual terhadap kanak-kanak."



Ansari menundukkan kepalanya dan berkata dia menyesal atas apa yang telah dilakukan dan bahawa dia kini sudah bercerai.



Mereka yang disabitkan kesalahan memiliki atau mendapat akses kepada bahan penderaan kanak-kanak boleh dipenjara hingga lima tahun dan didenda atau dirotan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >