Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penting SG ada 'suara' di forum seperti G20: DPM Wong

Jul 18, 2022 | 05:30 AM



SEBAGAI sebuah negara yang kecil dan terbuka, Singapura amat merasakan kesan daripada perkembangan global utama dan adalah penting bagi negara ini untuk mempunyai suara, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, semalam.



"Adalah penting untuk kita menjaga kepercayaan dengan rakyat kita, dan berusaha untuk memajukan kepentingan Singapura di peringkat antarabangsa," tulisnya dalam satu kiriman di Facebook.



Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan, berada di Bali, Indonesia dari Khamis hingga kelmarin bagi menghadiri Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat (FMCBG) Kumpulan 20 Negara (G20) dan acara berkaitan.



Encik Wong berkata, bagi Singapura, mempunyai tempat duduk di forum seperti G20 adalah penting.



"Ia membolehkan suara kita didengari apabila ekonomi terbesar dunia membincangkan perkara global," katanya.



Isu iklim, kewangan mampan bidang tumpuan S'pura di G20



"Ia membantu kami membina ikatan yang lebih kukuh dengan rakan sejawat kami, jadi kita memahami satu sama lain dengan lebih baik.



"Dan dengan respons global yang diselaraskan dengan kukuh, kita boleh berusaha ke arah menyelesaikan isu-isu yang paling mendesak dalam zaman kita," tulis Encik Wong.



Beliau menambah, apabila menghadiri forum sedemikian, beliau sentiasa ingat mengapa beliau berada di situ, dan mengapa beliau memaklumkan semua orang tentang perkara yang beliau lakukan, termasuk di media sosial.



"Ia mesti sentiasa untuk warga Singapura," katanya.



Encik Wong berkata semua negara, termasuk Singapura, sedang dilanda kejutan besar, daripada Covid-19; ke perang Ukraine dan kesannya terhadap ekonomi dan harga, terutamanya untuk tenaga dan makanan; serta ketegangan geopolitik yang semakin meningkat dan penghakisan sistem pelbagai hala berasaskan peraturan.



Beliau mengingatkan bahawa perjalanan ke hadapan dalam persekitaran global akan bergelombang dan akan ada lebih banyak kejutan dan cabaran.



Kebimbangan iklim dan kewangan mampan merupakan bidang tumpuan utama bagi Encik Wong di mesyuarat kelmarin.



"Mengenai ini, Singapura sangat menyokong pembangunan rangka kerja bagi kewangan peralihan. Apa yang kita semua lakukan dalam dekad akan datang adalah kritikal untuk masa depan rendah karbon," tambahnya.



Encik Wong mengadakan perbincangan dengan Bendahari Australia, Encik Jim Chalmers, mengenai peluang untuk kerjasama merentasi pelbagai bidang, termasuk kewangan mampan, keselamatan makanan dan pengawalseliaan pasaran karbon.



Beliau juga menemui Timbalan Perdana Menteri Belanda dan Menteri Kewangan, Cik Sigrid Kaag.



"Kami berdua adalah negara yang lebih kecil dengan sejarah panjang sebagai pedagang laut dan terdedah kepada perubahan iklim," kata Encik Wong.



"Jadi kami berkongsi pandangan dunia yang sama, terutamanya mengenai ekonomi global dan penyesuaian iklim," tambahnya.



Mengenai satu lagi pertemuan dengan pengarah urusan operasi Bank Dunia, Encik Axel van Trotsenburg, Encik Wong berkata organisasi pertubuhan itu memainkan peranan penting dalam pembangunan global, tindak balas pandemik dan semakin meningkat, kewangan iklim.



"Singapura gembira untuk menjadi tuan rumah Hab Bandar dan Infrastruktur Singapura, yang menyokong operasi Bank Dunia di rantau kita," tambahnya.



Dalam arena kripto, Encik Wong berkata Singapura mengalu-alukan kenyataan Lembaga Kestabilan Kewangan baru-baru ini mengenai penyeliaan dan pengawalan antarabangsa kegiatan aset kripto.



Lembaga itu adalah badan antarabangsa yang memantau dan membuat saranan tentang sistem kewangan global.



"Kita memerlukan pendekatan yang diselaraskan secara global untuk menangani risiko yang berkaitan - sambil membolehkan inovasi untuk dijalankan dengan selamat dan bertanggungjawab," tambahnya.




 "Singapura sangat menyokong pembangunan rangka kerja bagi kewangan peralihan. Apa yang kita semua lakukan dalam dekad akan datang adalah kritikal untuk masa depan rendah karbon."



- Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >