Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Konflik Israel-Palestin

Penting S’pura perjelas dasar luar kepada rakyat: DPM Heng

Dec 02, 2023 | 07:19 PM



Keharmonian antara kaum dalam masyarakat berbilang bangsa dan berbilang identiti di Singapura boleh diganggu pengaruh luar, lebih-lebih lagi dalam dunia yang lebih terhubung.

Justeru, Singapura berusaha menerangkan kepada rakyat berhubung pendekatan dasar ehwal luar yang diambilnya, termasuk berkenaan konflik Israel-Palestin yang sedang berlangsung, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat.

Menurut Encik Heng, konflik Israel-Palestin itu merupakan satu contoh isu yang menjejas emosi masyarakat secara mendalam kerana ia berkait dengan identiti masyarakat.

Beliau berkata, dalam sebuah masyarakat berbilang kaum seperti di Singapura, kepelbagaian identiti yang dikongsi dalam kalangan warga adalah satu sumber “kebanggaan dan keteguhan” tetapi ia juga boleh menjadi pemisah.

“Jenis politik mengikut puak adalah satu kenyataan hidup dan politik berunsur identiti kini kian berleluasa.

“Dalam dunia yang amat terhubung ini, kepelbagaian kita boleh dimanipulasi atau dipergunakan oleh pihak luar, seperti menerusi wadah yang biasanya tidak membahayakan seperti video yang kita tonton di media sosial,” ujar Encik Heng lagi.

Merujuk kepada pendirian Singapura terhadap konflik Israel-Hamas itu, Encik Heng berkata Singapura telah mengambil pendekatan seimbang yang mengecam perbuatan pengganasan dan akur terhadap hak sebuah negara dalam mempertahankan diri.

Singapura juga telah menggesa agar pihak-pihak terlibat mematuhi undang-undang antarabangsa dan ia turut telah menyumbang kepada bantuan kemanusiaan kepada mangsa yang terjejas, tambahnya lagi.

Encik Heng juga menyentuh mengenai penyebaran maklumat salah dan palsu yang mencetus keprihatinan.

“Ini sesuatu yang kami harus memantau dengan teliti di Singapura, memandangkan kepelbagaian kami ini,” katanya sambil merujuk kepada dasar seperti Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi dalam Talian (Pofma) dan Akta Mengekalkan Keharmonian Kaum.

Encik Heng berkata demikian dalam ucapannya di forum dasar Parti Tindakan Rakyat pada 2 Disember, yang dihadiri sekitar 310 aktivis, Anggota Parlimen (AP) yang telah bersara dan orang awam.

Bercakap mengenai usaha memastikan Singapura terus relevan di peringkat antarabangsa, Encik Heng yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi dan pengerusi PAP, berkata Singapura adalah sebuah negara kecil dan terbuka dan “tidak mempunyai ruang untuk melakukan kesilapan”.

“Jika kami gagal dalam urusan domestik, kerelevanan kami di peringkat luar juga bakal lesap,” katanya. – HARITH MUSTAFFA




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >