Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PENCAPAIAN MASYARAKAT INDIA MUSLIM

Peranan penting pemimpin masyarakat India Muslim diiktiraf

Feb 26, 2023 | 05:30 AM



PARA pemimpin masyarakat India Muslim memainkan peranan penting bukan sahaja dalam memastikan keperluan masyarakat dipenuhi, tetapi juga dalam membawa perubahan serta transformasi positif buat masyarakat, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal.



Berucap di pertemuan secara townhall pertama Masyarakat India Muslim di Auditorium Hab Islam Singapura pada Sabtu, Dr Faishal berkata:



"Anda akan memimpin dan menguruskan rancangan serta program dalam memastikan keperluan masyarakat India Muslim dalam kejiranan anda dipenuhi.



"Lebih penting lagi anda akan memenuhi satu amanah penting daripada Allah swt, iaitu membawa kepada perubahan serta transformasi positif kepada masyarakat.



"Lantas saya menggalak anda untuk bekerjasama dengan rakan anggota anda selaku sebuah pasukan yang sepadu, membina hubungan kukuh dengan rakan-rakan anda serta pihak berkepentingan dalam masyarakat, dan menyumbang khidmat kepada masyarakat anda menurut pengetahuan dan keupayaan terbaik anda."



Pemimpin India Muslim akan dapat sokongan jika hadapi cabaran



Dalam ucapannya itu, Dr Faishal turut menekankan bahawa pada masa yang sama, para pemimpin tersebut akan berhadapan dengan cabaran dalam memenuhi keperluan dan jangkaan masyarakat yang semakin meningkat.



Lantas dalam membantu mereka mengatasi cabaran-cabaran tersebut, beliau meyakinkan mereka bahawa Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) akan sentiasa menghulurkan sokongan kepada pembangunan masyarakat India Muslim menerusi sokongan sekretariat dari Daerah Selatan.



Di majlis anjuran Muis itu, anugerah yang mengiktiraf sumbangan khidmat juga telah disampaikan kepada tiga relawan India Muslim.



Mereka terdiri daripada Encik Naseer Ghani, Penasihat Liga Muslim Kadayanallur Singapura (SKML); Dr Thowfique K Ibrahim seorang doktor kanak-kanak di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK, yang juga naib pengerusi Masjid Malabar; dan Encik Mohamed Jaafar Peer Mohamed yang merupakan Setiausaha Agung di Persatuan Kebajikan Muslim Tenkasi (STMWS).



Ketiga-tiga mereka adalah anggota Jawatankuasa Berpandu Masyarakat India Muslim (IMCSC).



Dalam ucapannya itu, Dr Faishal memuji keinginan mereka yang tampil menabur masa berharga untuk bekerjasama dengan banyak pertubuhan India Muslim, dengan menumpukan kepada bidang strategik, mempertingkat masyarakat India Muslim dan mencapai kemajuan berterusan serta keperluan sosioagama secara menyeluruh.



Matlamat IMCSC, yang dilantik Muis antaranya termasuk membina Identiti Muslim Singapura (SMI) menerusi pendidikan Islam yang menyeluruh; mendampingi anggota masyarakat India Muslim berpendapatan rendah; dan menyelaras penyertaan India Muslim dalam program-program aliran utama anjuran kumpulan dan pertubuhan bantu diri serta yang ditawarkan kumpulan serta pertubuhan nasional dalam pengurusan masalah sosial masyarakat India Muslim.



"Kami ingin pastikan seberapa ramai India Muslim muda agar menghadiri pendidikan Islam di pertubuhan India Muslim atau masjid, dan dalam proses itu, meluaskan serta meneroka pendidikan Islam mereka menjangkau mod pembelajaran Islam yang tradisional dan dalam proses itu mendapat pendedahan dan pengalaman yang meluas," tambah Dr Faishal.



Dalam mendampingi anggota masyarakat India Muslim, Dr Faishal berkata ini dilakukan menerusi rangkaian mendalam dan meluas dengan agensi relevan dalam mendekati keluarga-keluarga sedemikian dan menghubungkan mereka kepada bantuan nasional yang sedia ada.



Merumuskan ucapannya itu, Dr Faishal melahirkan keyakinannya bahawa menerusi kepimpinan dan kerjasama pasukan yang proaktif, visi untuk mencapai transformasi positif kepada keperluan sosioagama masyarakat India Muslim akan dapat dicapai.



Sementara itu, semasa dihubungi, Encik Mohamed Jaafar berkata penghargaan yang diterimanya akan mendorong lebih ramai masyarakat India Muslim lain untuk tampil memberikan sumbangan khidmat selaku relawan pada masa akan datang.



Turut hadir di majlis itu adalah Presiden Muis, Encik Saat Abdul Rahman, dan Timbalan Ketua Eksekutif Muis, Dr Albakri Ahmad.




"Kami ingin pastikan seberapa ramai India Muslim muda agar menghadiri pendidikan Islam di pertubuhan India Muslim atau masjid, dan dalam proses itu, meluaskan serta meneroka pendidikan Islam mereka menjangkau mod pembelajaran Islam yang tradisional dan dalam proses itu mendapat pendedahan dan pengalaman yang meluas."
- Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >