Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

berita

Perancangan Perubahan Pekerjaan sektor runcit dilancar

Inisiatif beri peruncit huraian bagi perubahan tenaga kerja, latihan pekerja turut dilancar
Jun 01, 2023 | 03:28 PM



PERANCANGAN Perubahan Pekerjaan (JTM) bagi sektor runcit telah dilancarkan dengan mengenal pasti sembilan peranan pekerjaan baru muncul seperti pereka barangan dan pakar kemampanan.

Perancangan tersebut turut menyatakan peranan pekerjaan sedia ada yang kemungkinannya mengalami perubahan tahap tinggi atau sederhana seperti kakitangan penjualan dan pengurus kedai.

JTM bagi Runcit itu dilancarkan Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng, pada Khamis.

Laporan JTM itu antaranya memberi maklumat tentang peranan pekerjaan yang kemungkinanannya akan melalui perubahan disebabkan teknologi baru serta permintaan pelanggan yang berubah.

Contohnya, tugas yang dilakukan golongan pekerja ini boleh diautomasi dengan bantuan teknologi seperti tag pengenalan frekuensi radio (RFID) dalam masa terdekat ini.

Justeru, laporan JTM itu menyarankan agar tenaga kerja melalui transformasi termasuk menerusi latihan, rekaan semula pekerjaan dan laluan kemajuan kerjaya berdasarkan kemahiran.

Laporan itu juga mengenal pasti kemahiran yang diperlukan peranan pekerjaan yang memuncul. Contohnya, inovator produk dan pakar kemampanan memerlukan kemahiran seperti pengurusan saluran-omni dan pengurusan jejak karbon.

Peranan pekerjaan memuncul lain ialah pengurus pengalaman pelanggan, penganalisis kecerdasan pelanggan, pengurus saluran-omni, pemasar digital, pengurus transformasi digital, pereka UI/UX dan pembangun full stack.


JTM dibangunkan bersama Enterprise Singapore (ESG) dan Tenaga Kerja Singapura (WSG) dengan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) serta disokong SkillsFuture Singapore (SSG), menyusuli pelancaran Perancangan Perubahan Industri (ITM) Runcit 2025 pada Oktober 2022. 

Dr Tan, yang hadir bagi acara pelancaran itu berkata syarikat perlu bertindak pantas untuk mengubah perniagaan serta tenaga kerja mereka bagi merebut peluang yang ada.

Ini termasuk memberi tumpuan kepada kelas pertengahan yang semakin berkembang, memenuhi permintaan perniagaan yang semakin meningkat bagi kemampanan, serta memanfaatkan teknologi baru seperti kecerdasan buatan (AI), realiti maya dan cetakan 3D.

“Bagi ramai peruncit mikro dan kecil, JTM juga mempunyai panduan saiz kecil, yang disesuaikan khas buat anda tentang bagaimana beberapa peranan yang sudah berubah itu boleh digabungkan, supaya anda boleh membawanya ke tahap berbeza dengan keupayaan melakukan berbilang tugas serta membantu dalam kekurangan yang anda alami,” ujarnya.

Beliau akur bahawa sektor runcit merupakan salah satu sektor yang mempunyai jumlah pekerja matang lebih tinggi yang mendapati ia lebih sukar mendapat pekerjaan. Ini di samping cabaran syarikat kecil dan sederhana (SME) untuk mencari latihan relevan buat pekerja mereka dan menggajikan pekerja dengan kemahiran yang betul.

Justeru untuk menyokong peruncit dengan lebih lanjut, Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (Snef) bersama Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) telah dilantik sebagai rakan program bagi Penyepadu Kemahiran Pekerjaan bagi Runcit (JSIT-R).

Inisiatif itu berfungsi sebagai pengantara yang memberi peruncit huraian dari mula hingga akhir bagi perubahan tenaga kerja, latihan pekerja serta khidmat pemadanan pekerjaan buat industri tersebut, sambil menggunakan JTM sebagai rujukan.

Untuk menunjukkan komitmen kepada JSIT-R dan pelaksanaan JTM, dewan dan persatuan perdagangan runcit – Persatuan Peruncit Singapura, Majlis Industri Perabot Singapura dan Majlis Fesyen Singapura – memeterai memorandum persefahaman pada Khamis bersama Snef dan NTUC.

Secara kolektif, mereka akan mendekati dan bekerjasama dengan lebih 1,100 syarikat dan peruncit lain untuk mendorong transformasi pekerjaan bagi tenaga kerja mereka yang terdiri daripada hampir 94,000 pekerja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >