Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perayaan Deepavali bermula

Oct 23, 2022 | 05:30 AM



ANGGOTA masyarakat India di sini menyanyi dan menari pada petang kelmarin sempena sambutan perayaan Deepavali hujung minggu ini.



Persembahan kebudayaan di sepanjang Campbell Lane di Little India juga menarik penonton, pegerai, pelancong dan pelawat, yang semuanya berkumpul untuk menikmati sambutan masyarakat.



Dianjurkan oleh Pusat Warisan India bersama Persatuan Pegerai dan Warisan Little India (LISHA), Persatuan Pembangunan India Singapura (SINDA), Mediacorp OLI 96.8FM dan pihak berkepentingan presint lain, sambutan masyarakat itu diadakan serentak untuk meraikan Deepavali.



Dalam pada itu, Little India telah dinamakan kejiranan ke-19 paling hebat di dunia oleh firma media yang berpangkalan di London, Time-Out.



Persembahan jalanan, termasuk menari dengan gendang urumi, mempamerkan warisan India yang kaya membuatkan semua orang yang berjalan sekitar Pusat Warisan India, turut ikut menari dan bersorak bersama.



Salah seorang pemain gendang urumi, Encik Arinnjaay Kanan berkata, sambutan tahun ini amat menarik kerana Covid-19 menghadkan sambutan Deepavali dalam tempoh dua tahun lalu, dan beliau tidak sabar untuk membuat persembahan pada sambutan tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >