Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perkenal penyeliaan maya bagi pelajar jalani latihan klinikal

Jun 18, 2023 | 05:30 AM



Penyeliaan maya yang diperkenalkan Profesor Madya Muhammad Rahizan Zainuldin semasa pandemik Covid-19 bagi membolehkan tenaga pengajar dari Kelompok Sains Kemasyarakat dan Kesihatan (HSS) di Institut Teknologi Singapura (SIT) ‘mengunjungi’ pelajar yang menjalani latihan klinikal di institusi penjagaan kesihatan didapati amat bermanfaat, ia diteruskan walaupun wabak telah berakhir.

Ini setelah cara tersebut didapati menjimatkan masa anggota fakulti daripada perlu ke setiap lokasi latihan dan membolehkan mereka ‘menemui’ lebih ramai pelajar dalam masa lebih singkat.

Pelajar dan pendidik klinikal, yang merupakan kakitangan institut penjagaan kesihatan yang memantau pelajar semasa latihan mereka, juga memberi maklum balas bahawa penyeliaan maya sama berkesan dengan lawatan fizikal sebelum pandemik, jika tidak lebih baik.

“Langkah pengurusan selamat mandatori untuk mengelakkan pencemaran rentas institusi atau rentas pasukan dalam persekitaran penjagaan kesihatan bermakna kami tidak dapat mengunjungi pelajar di institusi penjagaan kesihatan lagi,” kata Dr Muhammad Rahizan, 42 tahun, dalam wawancara bersama Berita Minggu.


“Penyeliaan maya telah direka semasa pandemik itu untuk menggantikan lawatan fizikal yang kami lakukan ke institusi penjagaan kesihatan untuk meninjau kemajuan pelajar, memerhati prestasi mereka dan menawarkan sokongan kepada pendidik klinikal. Ia adalah pendekatan baru jadi kami mendampingi industri dan pelajar, serta mempersiapkan mereka bagi perubahan dalam cara komunikasi dan/atau sokongan daripada universiti,” tambahnya.

Dr Muhammad Rahizan, yang mempengerusikan Jawatankuasa Pendidikan Amalan Klinikal di SIT, berkata tugasnya adalah memastikan pelajar kesihatan bersekutu HSS mempunyai tempat untuk latihan klinikal di hospital dan di lokasi latihan lain semasa pandemik Covid-19 di tengah-tengah langkah pengurusan selamat.

“Ia memerlukan perancangan strategik dengan MOH (Kementerian Kesihatan) dan dengan institusi penjagaan kesihatan serta lokasi latihan. Mendapatkan tempat latihan adalah penting supaya tarikh tamat pengajian pelajar kami tidak ditangguhkan dan lulusan boleh menyertai tenaga kerja tepat pada masanya dan memenuhi permintaan tenaga kerja di tengah-tengah wabak itu.

“Peranan saya juga melibatkan pembangunan bersama proses baru dengan lokasi latihan untuk mengoptimumkan penyampaian latihan klinikal mereka kepada pelajar kami, memandangkan keadaan yang tidak menentu. Ini penting untuk memastikan matlamat pembelajaran masih dipenuhi dan latihan terganggu secara minimum,” katanya.

Selain memperkenalkan penyeliaan maya, Dr Muhammad Rahizan, juga memendekkan latihan bersemuka mengikut keadaan semasa pandemik itu tanpa menjejas matlamat pembelajaran.

Sebagai contoh, tempoh latihan pelajar radiografi diagnostik tahun akhir dipendekkan bagi membolehkan mereka tamat pengajian awal untuk mengurangkan bebanan tenaga kerja di hospital.

Beliau dan pasukannya turut melihat pandemik itu sebagai peluang memperkenalkan rangka kerja bagi pembelajaran dari rumah (HBL).

HBL dilaksanakan apabila pelajar yang sedang menjalani latihan tidak dapat memasuki lokasi klinikal selama beberapa hari atas sebab seperti penutupan sementara kawasan kerja klinikal, pengasingan kerana telah bekerja dengan kakitangan yang positif Covid-19, atau tinggal bersama ahli keluarga yang dijangkiti virus itu.

“Kami menyediakan garis panduan tentang cara menjalankan HBL supaya matlamat pembelajaran masih tercapai. Pendekatan ini telah mengubah pemikiran dalam kalangan pendidik klinikal bahawa terdapat lebih banyak pendekatan bagi latihan klinikal selain pengurusan di sisi katil,” kata Dr Muhammad Rahizan.

Beliau menambah HBL masih digunakan sekarang, tetapi semakin sedikit kerana gangguan terhadap pengurusan di sisi katil telah berkurangan.

Dr Muhammad Rahizan antara penerima Pingat Daya Tahan Covid-19. Pingat Daya Tahan dan Sijil Daya Tahan adalah dua Anugerah Kebangsaan baru yang diberikan kepada individu dan pasukan daripada sektor awam, swasta dan orang ramai yang telah membuat sumbangan substantif dan mengambil bahagian secara langsung dalam perjuangan menentang Covid-19.

Ditanya perasaannya dipilih menerima pingat itu, Dr Muhammad Rahizan berkata beliau tidak sangka akan menerima anugerah sebegitu kerana kerjanya bukan di barisan hadapan seperti karyawan penjagaan kesihatan.

“Pada masa yang sama, saya berasakan bahawa anugerah itu mengesahkan kerja keras kami dalam memastikan pelajar kami masih menerima latihan dan pengalaman klinikal yang optimum, memandangkan keadaan, tamat pengajian tepat pada masanya dan menyertai tenaga kerja dengan kecekapan yang mencukupi. Saya berterima kasih kepada pasukan yang saya ada dalam Jawatankuasa Pendidikan Amalan Klinikal,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >