Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAPORAN KHAS: INTERVIU DENGAN MENTERI PENDIDIKAN, ENCIK CHAN CHUN SING

Perlu ada kerjasama erat dengan ibu bapa untuk ringankan tugas guru

Dec 19, 2021 | 05:30 AM



PERLU ada kerjasama erat dan perkongsian kukuh antara guru dengan ibu bapa untuk meringankan beban yang dipikul para guru, kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.



Di samping itu, teknologi mesti digunakan demi mencapai misi ini.



Berkongsi pandangannya dalam wawancara bersama Berita Minggu baru-baru ini, Encik Chan akur terdapat jangkaan tinggi terhadap para guru kini.



"Hari ini dengan jangkaan tinggi daripada masyarakat, terdapat jangkaan lebih tinggi terhadap para guru dari pembangunan akademik kepada pembangunan sosioemosi anak murid.



"Kadangkala, guru-guru kita juga ibarat pekerja sosial sambilan yang perlu memberi perhatian terhadap pelajar dan keluarga yang mempunyai keperluan lebih tinggi," katanya.



Namun, beliau menekankan bahawa ibu bapa mesti memberikan kerjasama dengan guru anak-anak mereka.



Para ibu bapa juga tidak sepatutnya menyerahkan segala-galanya berkaitan pembangunan anak-anak mereka - sama ada akademik mahupun bukan - kepada guru sahaja.



"Tak masuk akal kalau apa sahaja yang gagal kita capai dalam keluarga kita sendiri, kita harapkan guru dan sekolah untuk dapat mencapainya secara ajaib bagi kita, kerana pembangunan anak-anak kita memerlukan sekolah, guru dan ibu bapa untuk bekerja rapat bersama," ujar Encik Chan.



Pun begitu, beliau gembira semakin banyak kumpulan sokongan ibu bapa (PSG) telah tampil untuk sama-sama berkongsi ilmu berkenaan interaksi dengan anak-anak mereka serta menetapkan jangkaan bersama dengan sekolah.



Selain kerjasama dengan ibu bapa, Encik Chan menambah bahawa teknologi mesti dimanfaatkan untuk meringankan beban kerja para guru.



"Antara perkara yang telah kami pelajari daripada Covid-19 ialah kita boleh menggunakan teknologi untuk berkongsi sumber dari segi persediaan kelas, salah satu perkara yang mengambil banyak masa para guru.



"Selain itu, menggunakan teknologi untuk membantu meringankan tugas pentadbiran guru ialah sesuatu yang sudah kami lakukan dan akan terus dilakukan," kata beliau.



Lebih daripada itu, terdapat teknologi menarik yang juga dapat dimanfaatkan guru yang turut menggalakkan pembelajaran sendiri mengikut rentak kelajuan pelajar masing-masing.



"Istilah saintifik dipanggil pembelajaran adaptif, tetapi ia sebenarnya adalah gamifikasi pembelajaran," kata Encik Chan.



Menjelaskan, beliau berkata para pelajar dapat bermain permainan dan akan dapat meneruskan ke peringkat seterusnya berdasarkan kemahiran dan ilmu mereka.



Pembelajaran dibantu kecerdasan buatan (AI) juga dapat digunakan di mana guru atau pensyarah mempunyai maklumat berdasarkan data yang dikumpul sebelum kelas tentang kelemahan pelajar.



Dari situ, mereka boleh memberi lebih tumpuan untuk menjelaskan bahagian yang kurang difahami pelajar.



"Jika kami mengguna pakai teknologi-teknologi sebegini dalam sistem pengajaran kami, tentunya kami dapat membantu para guru menguruskan beban kerja dan membolehkan mereka memberi lebih banyak tumpuan terhadap pelajar yang mempunyai keperluan tinggi," ujar Encik Chan.



Menurut beliau, sebahagian sekolah dan institusi pengajian di sini sudah pun mengguna pakai teknologi sedemikian.



Namun yang penting, para pendidik harus belajar menggunakan teknologi-teknologi ini untuk "menyesuaikan, dan bukan menggantikan model pengajaran sedia ada mereka", katanya.



"Perubahan ini tidak akan dilakukan secara mendadak di mana tiba-tiba semuanya ditukar (kepada pengajaran berasaskan teknologi), tetapi ia akan diperkenal secara berperingkat ke dalam lebih banyak modul dan lebih banyak sekolah," tambah beliau.



Untuk mendengar respons penuh Encik Chan, anda boleh tonton video di TikTok Berita Harian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >