Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perpaduan rakyat lebih penting kini dalam sekitaran bergelora: Presiden Halimah

Jun 09, 2023 | 04:45 PM



Perpaduan Singapura dan tekadnya untuk berdiri teguh bersama adalah lebih penting kini, dengan sekitaran dunia yang tidak menentu dan bergelora, kata Presiden Halimah Yacob.

Puan Halimah berkata usaha memperkukuh daya tahan dan rasa saling percaya dalam masyarakat akan membolehkan Singapura bertindak dengan tangkas untuk melindungi kebebasan dan kedaulatannya, sementara memperluas ruang di persada antarabangsa.

Beliau berkata demikian dalam ucapan bertajuk ‘Memperkukuh daya tahan dalam dunia yang tidak menentu’ di Ceramah S. Rajaratnam di ITE Kolej Central pada Jumaat (9 Jun).

Menarik perhatian bagaimana pandemik Covid-19 menekankan pentingnya daya tahan, Puan Halimah berkata:

“Singapura berjaya menangani pandemik itu kerana warga Singapura yakin dengan pemerintah.

“Rakyat bersatu dan memainkan peranan masing-masing untuk memastikan keselamatan satu sama lain dengan mematuhi langkah pengurusan selamat.

“Sistem penjagaan kesihatan kita yang kukuh dan jaring keselamatan yang dibina selama ini turut meninggalkan kesan yang penting.”

Namun, usaha memperkukuh daya tahan ini akan menjadi mencabar sedang masyarakat Singapura kian matang, dengan setiap individu mempunyai aspirasi dan ideal yang berbeza.

Oleh itu, beliau berkata usaha ini memerlukan rakyat mencari cara untuk membuat penyesuaian dan berusaha mencapai sepersetujuan untuk membangunkan lagi apa yang telah dicapai.

Untuk membina daya tahan, Puan Halimah berkata adalah penting semua warga rasa mereka ada kepentingan dalam masa depan negara.

Ini juga tujuan utama inisiatif ‘Melakar Hala Tuju Singapura’ yang diterajui Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, iaitu untuk memperbaharui dan memperkukuh kompak sosial Singapura di samping menyegarkan semula matlamat dan strategi Singapura.

Puan Halimah turut menarik perhatian perlunya untuk terus berusaha membina sebuah masyarakat yang adil dan inklusif, serta mampu menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah-ubah.

“Ini bermakna mempertimbang semula asas kita untuk memastikan sistem meritokrasi kita tidak menyebabkan hak istimewa dan kelebihan berakar umbi.

“Adalah penting juga untuk terus melabur dalam pendidikan dan latihan kemahiran, menggalak keusahawanan dan inovasi serta mewujudkan sekitaran perniagaan yang menggalak orang ramai mengambil risiko dan bereksperimen,” ujar Puan Halimah yang turut menarik perhatian usaha untuk mempertingkat pekerja berpendapatan rendah dan keluarga mereka serta mempertingkat sokongan bagi golongan berkeperluan khas dan penjaga mereka.

Mengenai perlunya melindungi kepelbagaian Singapura sebagai sebuah masyarakat berbilang kaum dan agama, Puan Halimah menggesa warga bersikap proaktif mencari persamaan dengan individu yang berbeza daripada mereka.

Tambahnya, jika warga gagal membuat penyesuaian dan mencapai sepersetujuan, ini boleh menimbulkan risiko pecah belah dalam masyarakat diperguna pihak lain, khususnya dalam era digital sekarang.

“Teras Singapura yang kukuh adalah penting untuk melindungi daripada pengaruh luar yang ingin memecah belahkan Singapura,” ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >