Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pertubuhan Buddha derma $50,000 kepada RLAF bantu Gaza

Nov 17, 2023 | 07:11 PM



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF), Encik Muhammad Faizal Othman, menerima sumbangan cek $50,000 yang diberikan Venerable Sik Kwang Sheng daripada Biara Kong Meng San Phor Kark See (KMSPKS).


Derma yang diberikan pada Jumaat itu bagi tujuan bantuan kemanusiaan bagi masyarakat terjejas akibat konflik di Gaza.

RLAF telah memulakan kutipan derma di seluruh Singapura sejak 19 Oktober.

Tarikh akhir kutipan derma yang pada awalnya dijadual pada 31 Oktober, diteruskan hingga 17 November untuk memberi lebih banyak masa kepada warga Singapura menderma bagi bantuan kemanusiaan itu.

Untuk memastikan saluran derma itu berjalan lancar, ia harus menjalani proses audit yang memakan masa.

“Sumbangan yang diterima daripada KMSPKS menunjukkan hubungan erat kaum dan agama yang berlainan di Singapura.

“Kita tidak akan dapat merasakan keamanan dan kestabilan tanpa kerjasama dan hubungan baik sesama masyarakat. Kita di sini diberkati dengan persefahaman kaum dan agama yang baik,” kata Encik Faizal.

Menurut beliau, apabila diberitahu bahawa Biara KMSPKS ingin menghulurkan bantuan, RLAF segera menerimanya dengan tangan terbuka.

Seorang wakil Biara KMSPS berkata:

“Agama Buddha menekankan sikap kasih sayang dan belas kasihan tanpa batas untuk semua insan. Kami berasa kasihan dengan mangsa yang tidak bersalah dalam krisis kemanusiaan ini dan keluarga mereka di Gaza.

“Kami berharap semoga sumbangan kami akan membawa kelegaan yang amat diperlukan kepada mereka yang menghadapi cabaran besar dalam masa sukar ini. Selain itu, kami mendoakan keselamatan dan pembebasan mangsa konflik ini daripada penderitaan.”

Bercakap kepada Berita Harian (BH), Encik Faizal berkongsi bahawa RLAF sedang bekerjasama dan berhubung rapat dengan Agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA).


Dana yang disumbangkan kepada UNRWA akan digunakan untuk mendapatkan barangan penting seperti makanan, air dan ubat-ubatan.

Trak yang membawa barangan tersebut kemudian perlu melalui persimpangan Nitzana di sempadan antara Israel dengan Mesir untuk diperiksa terdahulu sebelum dapat merentasi lintasan Rafah yang terletak di selatan Gaza-Mesir.

Dengan sekatan diesel, sukar bagi trak-trak tersebut untuk menghantar keperluan barangan kemanusiaan.

Sebelum bermulanya konflik itu, lebih 400 trak dapat memasuki Gaza setiap hari. Kini, kurang 100 trak dibenarkan masuk.

“Keadaan di Gaza sangat bahaya. Askar dan juga kereta kebal sedang bertempur dan serangan udara berterusan di sana.

“Kami mengharapkan agar berlakunya gencatan senjata supaya ada koridor kemanusiaan yang boleh memastikan penghantaran bantuan berjalan dengan lebih lancar.

“Masyarakat di Singapura unik kerana kami mempunyai naluri yang ingin terus membantu dan menyokong dengan memberi sumbangan untuk bantuan kemanusiaan,” tambah Encik Faizal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >